PERUTUSAN RINGKAS WAJIB BACA
ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH...
Sempena Sambutan MaulidurRasul pada hari ini, rakyat Malaysia dituntut merafakkan kesyukuran setinggi-tingginya kepada Allah Azza Wa Jalla kerana sering Malaysia ini dilindungi dan dipelihara . Bumi Malaysia tidak pernah kering dengan rahmat Allah. Antara faktor kita sentiasa dipelihara Allah adalah kita hidup bersatu padu, aman dan damai , tidak bersengketa.
-Bencana Ribut Taufan
Yang terbaharu , bencana taufan yang dikatakan akan membadai bumi Terengganu pada awal Januari 2013 yang lalu. Bencana taufan yang tiba-tiba dilaporkan pusat bencana Pasifik akan membadai Terengganu sungguh mencemaskan rakyat Malaysia terutamanya kepada penduduk Terengganu sehinggakan ada sebuah hospital dengan terburu-buru evacuate para pesakitnya di ward-ward bawah. Agensi-agensi Kerajaan dikatakan bersiap siaga demi menghadapi dugaan Allah yang maha hebat akan melanda Tanah Melayu, maka kecohlah badan-badan antarabangsa mengenai perkara ini termasuk PBB.
Namun , taufan yang dikatakan berkelajuan 90kmj - 120kmj ini secara tiba-tiba memusingkan dirinya menghala ke Sarawak pula. Maka ucapan orang-orang Terengganu ketika itu, tidak lain hanyalah ucapan 'Alhamdulillah'. Senyum penuh kesyukuran agaknya pengarah-pengarah Kerajaan yang bersiap siaga ketika itu. Alhamdulillah.
Namun Sarawak itu masih dalam linkungan Malaysia. Maka bergeloralah hati rakyat Sarawak persisiran pantai akan perkhabaran tsunamu akan menggelorakan kawasan mereka dengan kali berkelajuan 120kmj - 180kmj. Bencana apakah yang akan melanda penduduk-penduduk jika kita tidak bersedia. Namun sekali lagi Allah menepis dugaan ini. Terperanjat stesen kaji cuaca Malaysia, terperanjat juga metreologi Australia kerana Tsunamu diramal menukar laluan ke laut terbuka perairan Australia!
Alhamdulillah, pertukaran laluan taufan ini adalah petanda / contoh yang Allah pertotonkan nikmatnya akan terus bersama orang-orang yang beriman dan yang taat kepada Allah SWT dan terus menerus memelihara Silaturrahim Rakyatnya. Sepertimana Rasullullah Muhammad Sollahu alaihi wasalam yang amat mementingkan perpaduan sesama manusia apatah lagi perpaduan SESAMA ISLAM!
ALLAHUAKBAR!
MARILAH KITA BERDOA AGAR PERPADUAN UMMAH YANG KITA IDAMKAN TERCAPAI , AMIN YA RABBAL ALAMIN...
Ukhuwah hingga ke syurga... Wajib kita pertahankan Kerajaan yang mementingkan Ukhuwah dan Silaturrahim rakyatnya... |
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...