Kitaran Hidup Lalat
Kitaran Hidup Spesies Baru ditemui Saintis Malaysia
BERITA :
PERMATANG PAUH 19 April - Pas kawasan Permatang Pauh hari ini menuntut Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan mereka mengenai hudud jika mahu mendapatkan sokongan Pas pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu pada 7 Mei ini. ABDUL HADI AWANG Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, Pas hanya akan meneruskan kerjasama jika PKR memohon maaf secara terbuka sebelum penamaan calon pada 25 April ini.
Beliau berkata, pendirian itu adalah keputusan ahli-ahli akar umbi dalam mesyuarat agung Pas kawasan Permatang Pauh hari ini. “Jika bersetuju, Pas Permatang Pauh akan meneruskan kerjasama Pas-PKR dalam pilihan raya kecil itu. Kalau mereka masih berkeras, tidak mahu menarik balik kenyataan itu, kita tengoklah macam mana,” katanya. Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Agung Pas Kawasan Permatang Pauh ke-38 di Dewan Yusof Ar-Rawa di Sama Gagah di sini hari ini. Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melor, Dr. Md. Yusnan Yusof. Pada Mac lalu, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dipetik sebagai menyifatkan hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui pakatan pembangkang.
Beliau berkata, dasar bersama yang dipersetujui DAP serta Pas adalah berkaitan ekonomi, pendidikan dan keselamatan malah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri pernah menyatakan pendirian sama pada 2010. Ditanya mengenai pendirian Pas jika PKR mencalonkan Presidennya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon pada PRK Permatang Pauh, Omar berkata, ia masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai perkara itu. Selain itu, ditanya berhubung ‘kejutan’ yang akan dibuat Pas Permatang Pauh sekiranya PKR dan DAP ‘menyinggung’ dasar perjuangan yang didukung oleh parti itu, Omar berkata, kalau beliau beritahu sekarang sudah tidak menjadi kejutan. ‘Pas Permatang Pauh mampu memberi kemenangan kepada mana-mana calon-calon yang bertanding dalam PRK itu. Sebagai jentera parti, kita sentiasa bersiap sedia,’ ujarnya. Pada masa yang sama Omar berkata, pihaknya juga tidak berhasrat untuk membelakangkan keputusan Pas pusat dalam membuat sebarang pertimbangan. - See more at: http://www.utusan.com.my/berita/politik/pas-permatang-pauh-gesa-pkr-mohon-maaf-1.82791#sthash.E7fsBVD0.dpuf
+ comments + 2 comments
Selagi ada penykong yang bodoh lagi bangang, spesi ini akan terus jadi parasite dalam komuniti.
Hello;
Dia baik; Laman Anda! Banyak untuk melihat dan tahu ... saya memasukkannya ke dalam kegemaran saya, dan saya akan pasti.
Nasib baik dan kehidupan panjang ke blog anda!
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...