NAJIB - MAHATHIR , JEBAT - TUAH MODEN !

9 Apr 20154comments

Gugurnya Jebat di tangan Tuah, Sahabat baiknya sendiri. Sejak Jebat mengamuk dek kerana tidak berpuas hati rakan baiknya Tuah dihukum bunuh, Jebat menghuru harakan pemerintahan Melaka sehingga tidak ada seorang hulubalang dan pahlawan pun pada waktu itu dapat menandingi Jebat.
 
Jebat terlalu sedih, kesedihannya sehingga menyebabkan rosaknya Negara dan derhaka nya beliau terhadap Kesultanan yang dia sendiri pertahankan akhirnya beliau mengusir Sultan dan menduduki Istana tersebut.
 
Mendengar perkhabaran tersebut, Tuah yang tidak dihukum bunuh telah kembali mengadap Sultan dan bersedia memperbetulkan keadaan. Pujukan demi pujukan Tuah tidak diendah Jebat sehingga memaksa Jebat dibunuh dengan keris Tuah oleh tangan Tuah, sahabat sejati yang dipertahankan Jebat.
 
Akhirnya, dunia kepahlawanan Melayu Melaka telah memperlihatkan gugurnya pahlawan Melaka yang dikenali sebagai Jebat. Tuah pula sedih dengan peristiwa itu telah melarikan diri dan hilang selama-lamanya. Maka pemerintahan Melaka sebenarnya bukan kehilangan satu pahlawan malah kehilangan 2 orang pahlawan yang menghidupkan semangat bangsa Melaka pada waktu itu.
 
Itulah orang-orang Melayu. Kisah mereka dah dipertontonkan menjadi sejarah untuk generasi ke generasi mengambil iktibar darinya dalam apa jua situasi.
 
Kalau tidak , peribahasa-peribahasa begini tidak akan terwujud dengan sendirinya oleh zaman:
 
1. Marahkan nyamuk, kelambu dibakar
2. Seperti mencurahkan minyak ke dalam api
3. Menang sorak , kampung tergadai
 
 
Perumpamaan- perumpamaan yang cukup sinonim dengan perangai bangsa kita.
 
Bak kata MHS, cukup-cukup sudah kerana jawapan telah diberi.
 
Sekian,
 
MHS
 
10 April 2015
Jumaat - 21 JamadilAkhir 1436H
Share this article :

+ comments + 4 comments

Anonymous
11 April 2015 at 18:55

Tapi jangan lupa ... peranan orang2 disekitar Hang Tuah dan Hang jebat yang sering mengobarkan Api persengketaan diantara dua sahabat ini.. disamping peranan sultan yang kemaruk duniawai.... Iktibar dari sejarah ini adalah ,, Sultan perlu kembali kepada fitrah Ulil Amri , manakala " Tuah dan Jebat " perlu dibuang " hijab " diantara mereka supaya tiada prasangka ... manakala batu api perlu dipadam dan buangkan...Tq.

13 April 2015 at 20:19

ya benar. Tahniah!

Terima kasih pertama sekali untuk blog yang hebat ini. Saya datang setiap hari termasuk hujung minggu! Nasib baik

15 May 2015 at 07:09

Saya benar-benar berbangga dengan menemui diri anda, blog anda adalah benar-benar hebat! Saya suka antara muka, dan saya terlalu mencintai kandungan juga. Terutamanya menyimpan!

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team