Zaman pemerintahan Najib yang perlu kita tahu yang kerap diambil peluang oleh pihak opportunis. Bukan untuk menyanggah kritikan tetapi kita perlu lihat realiti politik masa kini -Zaman Najib perintah Malaysia.
1. Zaman Najib pihak kerajaan tidak mendapat mandat 2/3 majoriti ahli parlimen. Sesuatu dasar yang hendak diluluskan memakan masa yang sangat lama dan kritikal. Tidak semudah ABC untuk meluluskan sesuatu. Zaman Najib bukan zaman pemerintahan yang mudah.
2. Pihak pembangkang perlu tahu, perjuangan mereka berdekad-dekad untuk mansuhkan ISA direalisasikan oleh Najib. Najib perlu buat perubahan pada akta yang dilabelkan opportunis sebagai Akta Lapuk hanya kerana ianya digubal pada tahun 1960an. Walhal mereka tahu bahawa akta itu lah yang dapat menghapuskan komunis secara peperangan. Malaysia satu-satunya Negara di dunia abad moden berjaya menewaskan komunis bersenjata!
3. Zaman Najib lah mula wujudnya kerjasama secara formal antara PAS-UMNO. Rakyat kena faham ini secara menyeluruh. Zaman Najib juga kemungkinan Hudud boleh dilaksana? Wallahua''lam . Allah sahaja yang menentukan. Walaupun Najib dianggap selalu 'berdosa'oleh segelintir pihak, disebabkan Najib arahkan agar jawatankuasa teknikal mengenai hudud lah detik permulaan kepada pelaksanaan hudud- Hukum Allah S.W.T
4. Zaman Najib juga bukan sahaja menyambung keseimbangan Perdana Menteri Malaysia yang lain dalam membantu Palestin, malah Najib menzahirkan sokongan Malaysia ke atas Palestin dengan melakukan pertemuan dengan Ismael Haniyeh Pemimpin tertinggi HAMAS dan Mahmud Abbas Presiden Palestin. Pendirian ini antara pendirian berani Kerajaan Malaysia sejak bertahun-tahun selepas pendirian Malaysia memutuskan untuk tidak mengadakan sebarang hubungan dengan ISRAEL Laknatullah.
5. Disebabkan pendirian berani Najib selaku pemimpin Malaysia itulah Negara kita DITUDUH oleh Agensi Perisikan Israel kononnya kita melatih para pejuang HAMAS untuk memburukkan Malaysia di mata Negara-Negara barat.
6. Disebabkan itu juga dengan takdir Allah , Malaysia menerima ujian tragedi menyayat hati kehilangan MH370 dan juga tembakan MH17 di kawasan bergolak blok pro Barat / pro Rusia . Ada teori mengatakan ini kemungkinan besar disebabkan dasar-dasar Kerajaan Malaysia yang pro kepada Palestin dan memperjuangkan nasib Palestin baik dari kalangan rakyat Negara Malaysia mahupun NGO-NGO Malaysia yang bergerak bebas atas nama kemanusiaan. -Wallahualam
7. Zaman Najib juga Negara diuji dengan pencerobohan Lahad Datu oleh penceroboh Sulu , akhirnya kita berjaya membunuh, dan mengusir para penceroboh berkenaan!
8. Zaman Najib juga kerjasama UMNO-PAS semakin erat di Kelantan terutamanya apabila negeri Kelantan dilanda Bah Besar. Ujian yang hebat kepada rakyat Kelantan dan Kerajaannya. Melupakan perbezaan politik, Najib mengarahkan bantuan besar-besaran BILLION ringgit disalur ke negeri berkenaan!
9. Zaman Najib tidak lepas dari dugaaan dan cabaran dalaman dan luaran. Dek disebabkan kekuatan politik yang lemah dalam PRU 12 dan 13, Negara diancam pelbagai demonstrasi yang tidak memberi sebarang kekuatan pun kepada Negara. Najib atasi nya dengan berhati-hati , menyelesaikan masalah yang dibangkit satu persatu -umpama menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus, tepung tidak berselerak.
10. Najib cuba membawa cara politik baru yang berbeza . Di zaman NAJIB lah kekuatan Audit PAC - Public Account Committee /Jawatankuasa Kira-kira Negara - Ahli parlimen Kerajaan dan Pembangkang bergabung dalam jawatankuasa ini bagi menyemak , melaksanakan audit terhadap SEMUA PERBELANJAAN KERAJAAN menerusi ratusan agensi dan jabatan pelaksana. Ini semua bagi memperbetulkan keadaan yang tidak betul.
11. Benarlah orang kata, kebenaran itu hanya akan diselaputi oleh kekaburan. Hanya Jauhari sahaja yang mengenal Manikam. Sabarlah wahai Najib, jika kau benar, maka Allah itu maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Teruskan perjuangan kerana orang-orang Melayu dulu pernah berkata - Berkata Benar walaupun pahit. Tidak mudah berada di zaman Najib. Zaman orang lebih mempercayai Retorik / Gosip / fitnah dari Fakta yang nyata.
Perkara-perkara yang tersebut di atas lah yang mencorakkan pemerintahan Najib selaku Perdana Menteri di Malaysia.
Maaf MHS Terpaksa berkata benar -Realiti politik di Malaysia !
Sekian ,
MHS
8 APRIL 2015
+ comments + 7 comments
Maaf jika saya beranggapan penulis artikel cuba mengalih pandangan negatif rakyat terhadap najib dengan memperkata "the difficult environment" najib is in.
Persoalan nya senang....a leader should be seen asa leader, not subcontracting his possibiliies. He can empower but still can be seen as a leader. Thats all
Negative is negative. Najib berada pada sudut yang sukar. Maka jgn kita menyukarkannya lagi. dia perlu dibantu,
sbb najib lembab serta dikawal oleh sang bini maka berlaku lah ape yang disenaraikan di atas... klu najib bijak dan pantas segala kelemahan serta perkara besar di atas tidak akan berlaku... jd kalau dah taw bodoh dan lembab... mengaku dan berundurlah... awak tu pemimpin no 1 negara bukan MB negeri atau menteri cap ayam... klu semua ide dan pemikiran kepimpinan nak dikontrakkan...menteri cap ayam pun boleh jd menteri perdana
Janganlah berkata yg bukan-bukan mengenai Najib, beliau seorang pemimpin yg baik, berwawasan, bagi lah sikit ruang dan masa..
Ingat...Ingat...Ingat...Ahli Umno semua, jika ada sebarang pertandingan jawatan, Jangan sesekali memilih Mukhriz Mahathir dan Akramshah anak Sanudi Junid..
Mukhriz dan Akramshah, dua pemimpin yg gagal menasihati bapak mereka supaya menggunakan saluran tertentu jika benar ingin merawat & mengubati DS Najib dlm memimpin Kerajaan & Umno.
Mukhriz & Akramshah, dua pemimpin yg tak tahu malu, tidak dapat bermusyakarah dgn bapak sendiri, apatah lagi sekalian ahli umno...
Khairy - pemimpin masa depan, tak gunakan Pak Lah menghantam DS Najib...
Mahathir dan Sanusi - zaman korang dah berlalu, sekarang zaman DS Najib mengorak langkah, perlahan tapi kemas dan teliti.
DS Najib, saya sokong Dato Seri, Sabar lah, Bertawakkallah pd Allah, Insyaallah Allah akan mengadakan jalan keluar yg terbaik.
Kuatkan diri, iltizamkan semangat, yakinlah Abu Jahal Mahathir dan konconya (para blogger upahan seangkatan akan kecewa, tewas & kecundang jua akhirnya.
Teruskan...teruskan....teruskan....
Astaghfirullah al azim. kita jangan gelarkan mana-mana individu dengan gelaran tersebut..
Tahniah ikhlas untuk blog anda, ia akan menyenangkan untuk menyemak imbas. Terutama bertahan lama. Terima kasih untuk perkongsian yang indah ini.
Semoga berjaya!
Kalau pandai memerintah, negara mangkin maju, kaya, macam korea dan jepun, ini mangkin miskin, hutang meningkat, hasil mahsyul negara entah kemana, boros, suka membazir, bini gila glamur, hak tui
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...