SALIB, PENJAJAHAN DAN PERLUASAN WILAYAH PENGARUH...

22 Apr 20153comments



SALIB, PENJAJAHAN DAN PERLUASAN WILAYAH PENGARUH

oleh Wan Fayhsal

1. Saya masih rasa panas dengan komen tohor Melayu apologetik, juga terhadap media liberal-sekularisasi yang memperleceh penduduk Taman Medan berhubung tanda salib.

2. "Bodoh betul penduduk Taman Medan! Yang takut salib hanya Vampire!" Itulah yang dilagu-lagukan dalam laman media sosial dan media massa liberal-sekularisasi.

3. Mari sini saya nak ajar sejarah. Salib (cross) bukan kayu tunggu berbentuk "t" semata-mata. Ianya simbol kepada pensaliban (crucifixion atau kata almarhum Ahmad Deedat - "cruxifiction") Nabi Isa alayhissalam (peace be upon him). Kita umat Islam wajib beriman bahawa hal itu tidak berlaku dan beri'tiqad terhadapnya boleh jatuh kufur.

4. Jadi kalau orang kampung, orang awam dikalangan umat Islam rasa tidak selesa kerana cetek ilmu, kerana tidak kosmopolitan macam Wardina, mereka bercakap beralaskan sentimen ini. Maafkanlah mereka kalau mereka itu rendah tahap toleransi dan kefahaman budaya tapi janganlah sampai menghina kata mereka itu persis Vampire.

5. Tapi itu hal kecil saja. Ada hal lagi besar. Tahukah kalian bagaimana sesuatu penjajahan diabsahkan (legitimized) oleh penjajah Barat khusus dari Eropah lama? Apa yang dilakukan oleh Christopher Columbus, Cortes, Albuquerque ketika mereka "discover" (menjumpai) so-called "the New World" (Dunia Baru) yang dihuni oleh "wild men, savages, and heathens" (orang liar yang tak ada agama dan tamadun, yang rendah dan bakal masuk neraka) di Carribean, di West Indies, Latin Amerika, di India, di Australia dan Tanah Melayu?
Para "Conquistadores" ini akan membawa dan memasakkan:

(1) Bendera Imperial diraja
(2) Tanda Salib


6. Bendera itu kita faham tapi kenapa Salib??!! Ada apa dengan SALIB dan PENJAJAHAN??!

7. Jawapannya ialah, untuk penjajah Barat ini merampas tanah dan wilayah penduduk asal sesebuah wilayah yang kononnya baru dijumpa/diteroka (discovered) dan untuk menghalalkan tindakan mereka membunuh kaum peribumi sehingga hampir pupus seperti kaum Mayan, kaum Cherokee, mereka perlu dapatkan "sijil" atau "warta" daripada Pope yang dinamakan "papal bull".

8. Maknanya tindakan mereka di kawasan itu walaupun kejam adalah SAH dan HALAL di sisi undang-undang imperial juga GEREJA (The Church) yang berpusat di Vatican. Bacalah sejarah yang ditulis sejarawan terkenal seperi Howard Zinn dalam "A People's History of the United States of America" akan kalian tahu betapa kejam dan jahatnya para Conquistadores ini menggunakan Agama Kristian sebagai asas pengabsahan (legitimacy) untuk EXTERMINATE kaum asal, peribumi khusus di Latin Amerika, Carribean, dan Amerika Utara. Wanita yang dirogol, bayi yang dibunuh dan dicucuk menggunakan bayonet seperti sate, dan segala macam kekejaman demi kekayaan dunia untuk Empire dan Vatican.

9. Tanda salib bukan sebarang tanda. Ianya ada konotasi perluasan kuasa yang telah membunuh jutaan manusia yang mereka anggap sebagai "savages' (tidak bertamadun) dan menghalalkan segala rampasan kekayaan hasil bumi "the New World" yang setelah dicucuk tanda salib pada tanahnya, seperti dibaptiskan (baptized) maka ianya sudah menjadi milik Gereja dan boleh diperlakukan apa saja.

Ini sejarah ringkas. Ada banyak lagi yang boleh saya cungkil dan bongkar tapi cukup sekadar ini.
Sekarang mari kita fikir, apakah pembukaan gereja-gereja haram yang diceritakan Helen Ang di seantero Asia ini satu tindakan "innocent" atau mereka golongan Evangelikal sedang meniru modus operandi lama para Conquistadores yang bersekongkol dengan raja-raja dan Pope dahulu?
Symbolism is not only graphical, from it emanates influence to claim intellectual and spiritual space of certain geographical location.

Kita tidak pernah memusuhi golongan dan penganut Kristian yang tahu tempat mereka dalam sesebuah masyarakat khusus dalam masyarakat Islam dan Tanah Melayu. Malah kita raikan akhlaq mereka yang kadang kala jauh lebih baik daripada Melayu dan Muslim yang tak sedar diri.

Tapi ingatlah wahai Melayu Liberal celup, bukan semua Melayu dan Muslim bodoh. Kamu sudah melampaui batas dalam menghina bangsa dan umat kamu sendiri yang punya rasa diri yang tinggi terhadap kedaulatan agamanya. Mereka mungkin salah dalam bertindak tapi janganlah kamu wahai Melayu Liberal yang dangkal untuk merendah-rendahkan dan menjadi alat perkakas golongan Liberal-Sekular yang terang-terang memusuhi Islam dan mahu mencorak semula negara ini menjadi negara yang Islam hanyalah "milik peribadi".

Hendak rosakkan tanaman, racunilah akarnya; Hendak rosakkan bangsa, racunkanlah SEJARAHNYA.
(gambar menunjukkan Christopher Columbus membawa dan memasakkan tanda Salib di tanah yang baru mereka sampai di mana ianya digunakan sebagai alasan untuk tindakan mereka menekan dan menindas penduduk asal yang pada awalnya menyambut mereka dengan penuh hormat - macam cerita propaganda Pocahontas Disney)
Share this article :

+ comments + 3 comments

9 May 2015 at 03:55

Hello, saya benar-benar suka apa yang saya tertanya-tanya bagaimana saya boleh terlepas blog anda

15 May 2015 at 07:03

Hello,
Terima kasih kerana semua cadangan ennormement anda di laman web ini. Saham anda adalah sangat menarik dan sangat bermanfaat. Tahniah kepada anda.
Saya ingin anda kesinambungan yang baik.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team