Seremban 28/9/2012 - Pengumuman Belanjawan Negara 2012 menjadi fokus utama rakyat pelbagai lapangan untuk bukan sahaja menilai tawaran-tawaran istimewa kepada rakyat malah untuk menyediakan negara supaya mampan dalam menghadapi spekulasi ekonomi yang bakal terganggu pada tahun akan datang.
"Ia adalah satu bajet yang mencabar di mana anda perlu seimbangkan dengan keperluan rakyat dan keperluan negara", kata seorang Bekas Pegawai Tinggi Kerajaan.
Dengan merujuk kepada keadaan global yang tidak menentu, Malaysia masih mampu bertahan dan bajet kali ini merupakan bajet yang penting bukan sahaja kepada kerajaan memerintah malah kepada rakyat dan negara.
Dalam pada itu , pihak pembangkang menjangkakan bajet kali ini adalah bajet Pilihanraya dan bajet gula-gula rakyat. Untuk rekod, bajet Pilihanraya yang dilabel pembangkang pernah diutarakan mereka pada tahun 2003,2004,2007,2008,2009,2010 dan 2011. Justeru, Kerajaan sememangnya bagi bajet Pilihanraya pada setiap tahun untuk rakyat nya. Syabas Kerajaan Malaysia!
GOVERNMENT CHANGE AND THE CIVIL SERVANT
6 years ago
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...