"Harga minyak akan turun esok, jika Pakatan memerintah! " Itulah gula-gula yang paling berkesan yang sering diutarakan oleh Ketua Pembangkang Malaysia Anwar Ibrahim. Rakyat perlu mempersoalkan pernyataan ini. Acap kali kita didendangkan dengan janji-janji manis ketua pembangkang ini dan modal yang paling ampuh adalah modal "HARGA MINYAK".
Persoalan 1: Berapakah jumlah pengurangan yang dijanjikan? kalau setakat 0.10 sen ataupun 0.20 sen, ia tidak menjanjikan apa-apa kerana Kerajaan sedia ada pernah menurunkan dengan jumlah yang banyak daripada itu.
Lagipun mekanisme harga minyak petrol yang diamalkan oleh Kerajaan Malaysia kini dengan mengapungkan RON 97 dan tetap menstabilkan RON 95 dengan subsidi kerajaan amat menyenangkan rakyat MAJORITI (kebanyakannya golongan sederhana dan rendah) yang rata-rata menggunakan kenderaan yang menggunakan RON 95.
PETROL RON 97 untuk kenderaan yang berkuasa tinggi yang tidak mampu dimiliki orang kebanyakan . Maka betullah tindakan kerajaan, subsidi ditarik daripada kumpulan kaya, dan diagih kepada kumpulan tidak kaya!
PERSOALAN 2: Anwar tidak pernah menyeimbangkan tawaran yang diberi(janji-janji manis) dengan mekanisma yang nyata yang akan dilaksanakan KERAJAANnya . Apa yang diberi, pasti perlukan sumbernya. Kebanyakan ayat-ayat anwar adalah bersifat cliche iaitu diperolehi daripada penjimatan daripada ketirisan yang berlaku dalam Kerajaan.
Ia jelas membawa kepada persoalan seterusnya, sejauh manakah saudara Anwar mendalami kerugian ketirisan kerajaan sekarang (bukti yang nyata) dan sejauh manakah keyakinan Anwar bahawa kerajaannya adalah kerajaan yang sangat berwibawa sehingga membawa kepada 0 (SIFAR) ketirisan?? -masih tidak dijawab anwar-
PERSOALAN 3: Minyak apa yang mahu diturunkan harganya wahai ANWAR? anwar hanya kata akan turunkan harga minyak. minyak gamat pun minyak juga, namun apakah signifikannya di dalam pengurusan ekonomi negara dan naik turun harga barang selainnya?
PERSOALAN 4: Mengapa beliau tidak berusaha sedaya yang mungkin untuk hapuskan rasuah di dalam portfolio kementerian yang dipegangnya sewaktu beliau berjawatan Menteri dan Timbalan Perdana Menteri dahulu? Umum ketahui anwar juga disabit hukuman rasuah!
PERSOALAN 5: Anwar tidak pernah membayangkan pendapatan yang tidak Kerajaan diperolehi atas pengurangan harga minyak kelak ditampung oleh pendapatan yang mana ? sekali lagi , adakah jawapan pendapatan daripada penjimatan ketirisan kerajaan? Itu bukan pendapatan lain, anwar. Itu penjimatan!
LIhatlah harga perbandingan minyak dengan pengeluar-pengeluar minyak yang lain. Jelasnya, harga Malaysia masih berpatutan, lagipun subsidi yang dikurangkan daripada harga minyak tersebut dapat disalur kepada sektor pendidikan dan kebajikan rakyat yang lain. :
SUMBER HARGA MINYAK : MYMASSA
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...