Serting Ilir, Jempol 29/9/2012 - Tamrin Ghaffar Baba anak kepada Bekas TPM Malaysia lupa bahawa rezki yang selama ini dikecapi bapa beliau untuk membesarkan beliau adalah wang UMNO, wang Barisan Nasional dan wang Kerajaan Malaysia pimpinan Barisan Nasional sehingga menjadikan badan beliau gemuk dan berlemak.
Hal ini kerana di dalam ceramah beliau yang diadakan oleh PR di Serting Ilir, beliau banyak mencemuh UMNO yang dikatakan mengamalkan rasuah dan sebagainya seperti biasa namun tiada langsung bukti yang nyata yang bersifat emperikal dan pembuktian penuh.
Apa yang dihamburkan oleh Tamrin tidak lain hanyalah kata-kata dendam seperti beliau sangat berdendam dengan UMNO yang 'mungkin' meminggirkan beliau dalam arena politik.
Dalam ceramah yang sama, BOB Lokman dilihat lebih menyanjung Kerajaan Chauvisme DAP di Pulau Pinan berbanding Kerajaan Melayu Islam UMNO Malaysia. Hal ini kerana Bob Lokman memuji REVEREND Lim Guan Eng kerana reverend Kristian ini menyalurkan dana kepada Agama Islam sebayak RM 60 juta. Namun adakah Bob Lokman dan penyokong PR kaji berapa banyak Reverend ini salurkan dana untuk agama Kristian dan Persatuan-persatuan Buddha?? Mungkin berkali-kali ganda namun Reverend Lim Guan Eng tidak pernah mendedahkannya!!
+ comments + 2 comments
Tipical mentaliti pengkhianat berketurunan Melayu. Jika diperhati dari aspek otak: Mereka ini adalah kelompok yang mewarisi sifat 'malas' yang dikatakan Penjajah British dulu. Orang Melayu sebenarnya kaum yang banyak mendapat nikmat. Hidup dirantau khatulistiwa ini memang 'lumayan' dengan sumber untuk hidup. Persekitaran beginilah membuat sesetengah Melayu ini 'malas'. Kumpulan yang malas ini tidak suka berusaha kaw-kaw. Bahkan mereka tak suka berfikir mendalam. Mereka suka berhibur. Mereka suka 'jalan pintas' untuk cari kekayaan. Usaha kaw-kaw, 'jauh panggang dari api'. Jadi, 'jalan pintas' ini termasuklah menaikkan 'saham' sendiri supaya laku. 'Jalan pintas' ini sehingga menghalalkan kerjasama dengan musuh untuk 'menumbangkan' kawan. Itulah sifat dengki dan khianat. Satu keadaan minda yang boleh membuat mereka ini tidak rasional dalam berfikir atau berhujah. Dan, oleh kerana suka 'berhibur' seperti kata saya di atas, bila berhujah pun banyak bergurau - gelak ketawa. Bila nak buat pendengar 'happy' terpaksa mereka-rekakan cerita. Apa lagi? Berdustalah. Berbohonglah. Jadi, inilah watak sekelumit (10% 'percentile' - dalam 'bahasa' statistik) keturunun Melayu yang mudah terdorong mengkhianat bangsa sendiri.
Komen yang cukup bernas dan kemas serta berbisa.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...