PART 1:WAJIB TAHU PERLEMBAGAAN. MODAL ORANG MELAYU/BUMIPUTRA!

22 Sept 20120 comments

Assalamualaimualaikum w.b.t

Pada posting kali ini, saya akan menyatakan apa yang orang-orang Melayu / Bumiputra perlu tahu perkara yang menjadi HARTA orang Melayu yang dilindungi Perlembagaan. Ia nya agak panjang namun sangat berguna untuk kita baca.

 Pucuk utama persoalan adalah mengapa ada bangsa-bangsa lain yang tidak bertanggungjawab (tidak semua) yang mempersoalkan hak-hak orang Melayu / Bumiputra sedangkan orang-orang Melayu/Bumiputra tidak pernah mempersoalkan hak mereka! Mari kita tengok pernyataan-pernyataan ini:

Pernyataan 1:
"Tatkala kita mahu merdeka, yang pada asasnya kewarganegaraan dipunyai satu kaum sahaja , telah kita buka kepada orang-orang lain yang bukan daripada tanah asal ini. Pembukaan hak kewarganegaraan pada 1957 boleh diumpamakan seperti pecahnya empangan dan melimpah ruahlah air masuk kedalamnya!" -KEMERDEKAAN & KEWARGANEGARAAN

Pernyataan 2:
"Apabila kemasukan imigran menjadi warganegara dengan banyak sekali diterima, komposisi kaum asal Tanah Melayu telah seimbang dan semakin mengecil dan kebanyakan dari penduduk asal ini miskin dan hidup di kampung-kampung . Raja-raja Melayu berasa risau dan ingin mendapatkan satu JAMINAN bahawa KEBAJIKAN rakyatnya dipelihara dan dibangunkan "

Pernyataan 3.

"Apabila Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957, buruh imigran ini diterima sebagai warganegara Malaysia melalui konsep jus soli dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Bahagian III-Kewarganegaraan; 3.1 Bab 1-Pemberian Kewarganegaraan; Artikel 14-22). Pemberian kewarganegaraan ini ditimbalkan dengan penerimaan balas beberapa syarat utama yang meliputi hal ehwal berkaitan perlindungan dan penjagaan status dan hak bangsa Melayu sebagai penduduk asal."


1. Timbal Balas (Quid Pro Quo)

Dari segi sejarahnya, Malaysia atau dulunya dikenali sebagai Tanah Melayu merupakan kawasan geografi yang majoriti penduduknya adalah kaum Melayu. Kehadiran pemastautin bangsa lain bermula pada era penjajahan British ke atas Tanah Melayu pada lewat kurun ke-19 dan awal kurun-20. Ketika ini British membawa masuk ramai tenaga buruh asing seperti rakyat China dan India untuk menampung kekurangan pekerja dalam industri perlombongan bijih timah dan perladangan getah.

Sebelum British meninggalkan Tanah Melayu, ramai daripada buruh ini diberi pilihan sama ada untuk terus menetap di Malaya atau kembali ke negara asal mereka. Ramai yang memilih untuk tinggal di sini. Tidak kurang juga yang memilih untuk kembali.

Apabila Tanah Melayu merdeka pada 31 Ogos 1957, buruh imigran ini diterima sebagai warganegara Malaysia melalui konsep jus soli dan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (Bahagian III-Kewarganegaraan; 3.1 Bab 1-Pemberian Kewarganegaraan; Artikel 14-22). Pemberian kewarganegaraan ini ditimbalkan dengan penerimaan balas beberapa syarat utama yang meliputi hal ehwal berkaitan perlindungan dan penjagaan status dan hak bangsa Melayu sebagai penduduk asal.

Aturan timbal balas atau quid pro quo penerimaan syarat-syarat ini dikenali sebagai 'kontrak sosial.' Kontrak inilah yang dijadikan asas kepada pembentukan Perlembagaan Malaysia dan penubuhannya sebagai sebuah negara. Kontrak ini turut dipanjangkan kepada penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 yang membabitkan status dan hak kaum bumiputera Sabah dan Sarawak


"Makanya sekiranya kumpulan - kumpulan tertentu dalam kalangan bangsa lain boleh mempersoalkan Artikel 152, 153 yang melindungi hak-hak orang Melayu, logikalnya bangsa Melayu/Bumiputra juga mempunyai HAK untuk mempersoalkan kembali hak mereka di dalam perlembagaan dan menjadikan mereka kaya raya , makmur sehingga hari ini. Maka tentunya kita tidak mahu perkara ini terjadi kerana negara ini adalah seperti TELUR di Hujung Tanduk dan sangat sensitif sehingga tidak mahu kita akan peristiwa 13 Mei 1969 berulang."
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team