6 September 2012
KUALA LUMPUR - Felda Global Ventures Holdings (FGV), yang memiliki kedudukan tunai bersih, merancang melakukan peluasan secara besar-besaran, terutama membeli tanah ladang, kata firma penyelidikan.
HwangDBS Vickers Research berkata kecekapan operasi FGV yang meningkat juga dapat membantu menjana pertumbuhan, berdasarkan asas tandan buah segarnya yang besar.
"FGV mahu meningkatkan pengeluaran gula dan kapasiti penyimpannya, selain meluaskan aktiviti hiliran menerusi usaha sama strategik di luar negara," katanya dalam nota kajiannya.
Firma penyelidikan itu mengekalkan saranan "simpan" ke atas saham-saham FGV pada RM4.85.
Pada 11.55 pagi, saham susut 1.24 peratus kepada RM4.79.
"Pada harga semasa, FGV menawarkan peningkatan yang terhad kepada harga sasaran berasaskan diskaun aliran tunai kami pada RM5.05, iaitu 18 kali nisbah pendapatan harga bagi tahun kewangan 2013.
"Bagaimanapun kami memilih kaunter ini atas aliran tunainya yang kukuh serta dasar pembayaran dividen 50 peratus, yang menunjukkan pulangan 3.9 peratus," kata HwangDBS.
Sementara itu, perjanjian pajakan tanah 99 tahun FGV ke atas 355,864 hektar ladang dari Felda meletakkan Kumpulan itu sebagai penanam kelapa sawit ketiga terbesar dunia.
Ia berkata 83 peratus kawasan tanah FGV sudah matang dengan bakinya dijangka matang secara berperingkat-peringkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
"FGV juga menanam semula kira-kira 15,000 hektar setahun untuk mengekalkan dan meningkatkan profil usia tanamannya," kata firma itu.
Syarikat sekutu FGV dengan penguasaan 49 peratus, Felda Holdings Bhd (FHB) melengkapkan operasi kumpulan menerusi aktiviti pengilangan, kata HwangDBS.
FGV memiliki akses ke atas 3.3 juta tan metrik minyak sawit mentah FHB atau tujuh peratus bekalan global. - Bernama

Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...