Seremban 7 September 2012 Kedatangan Anwar bersama jelajahnya ke 2 DUN Pakatan Rakyat iaitu Sikamat dan Ampangan petang tadi hambar dengan jumlah kehadiran dianggarkan 400 orang di Sikamat dan 200 orang di Ampangan. Malah di Ampangan Jawatankuasa Pengurusan Majlis PKR Negeri Sembilan terpaksa mengambil peluang dengan keadaan orang ramai di PASAR MALAM Plaza Uda untuk nampak meramaikan mereka yang hadir untuk melihat DS Anwar.
Kelibat penyokong-penyokong PAS juga dilihat berkurangan. Perkara ini dilihat menarik kerana lebih setahun Anwar tidak mampu menarik ribuan 'crowd' seperti tahun-tahun sebelumnya.
Anwar seperti biasa menawarkan janji-janji ini kepada penduduk Ampangan dan Sikamat sekiranya PKR menang:
1.Akan menurunkan harga minyak pada keesokan harinya...
2. Akan menghapuskan PTPTN pada tahun yang sama mereka menang
3. Akan menyamaratakan hak rakyat tanpa mengira kaum.
Anwar tersenyum sumbing dengan sambutan hambar diberikan kepada beliau |
Anwar dijamu dengan makanan tempatan bersama Wan Azizah di Sikamat |
Sementara itu N9 kini melaporkan terdapat beberapa NGO mula mengadakan bantahan akan kehadiran Anwar di Rantau malam ini. Anwar bersama rombongan dijadualkan sampai di Rantau pada pukul 8.45 malam ini.
RANTAU, 06 Sept. – Balai Polis Rantau dan Balai Polis Kuala Sawah menerima laporan bantahan warga DUN Rantau melarang sekeras-kerasnya kehadiran Ketua Umum Pakatan Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim di Rantau di Program Jelajah Sambutan Kemerdekaan yang di jadualkan di Loji Air Sains (Kuarter JBA) Kg. Ribu, Rantau 9.00 malam esok.
Bantahan dan larangan ini disuarakan oleh gabungan 39 buah pertubuhan, persatuan dan NGO yang berkumpul sejak pukul 4:00 petang di Balai Polis Rantau dan kira-kira 5:30 petang di Balai Polis Kuala Sawah.
Mohamad Yazid Jabbar dari Pusat Khidmat DUN Rantau, di dalam laporannya bermohon pihak berkuasa bertindak tegas dan mengambil tindakan sewajarnya di atas perkara yang dilaporkan tersebut.
Ab Mutalib Sulaiman, Pengerusi JKKK merangkap Ketua UMNO Kampung Stesen, mewakili JKKK Rantau membantah sekeras-kerasnya kehadiran Anwar Ibrahim yang dianggap pakar perpecahan rakyat.
Menurutnya, “Jika polis berdiam diri dan tidak mengambil tindakan tegas melalui laporan yang dibuat oleh 39 gabungan pada hari ini, sekiranya sesuatu berlaku esok, itu adalah kerana kami berjuang demi bangsa, agama dan tanahair. Anwar Ibrahim tidak layak digelar pemimpin.”
Major (B) Razali Zakaria, Presiden Gerakan Memartabatkan Perjuangan Negara (GMPN), menegaskan bahawa beliau dan pertubuhan menyokong laporan bantahan kehadiran Anwar Ibrahim di sini, kerana jika Anwar berceramah, ceramahnya tidak menjurus kepada perpaduan.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu disifatkan mempunyai akhlak yang sangat rendah dan lebih suka melihat bangsa Melayu berpecah belah.
Dia turut menyatakan kerisauan dan kebimbangan bahawa tahap kebencian rakyat berbilang kaum kepada Anwar Ibrahim semakin meningkat. Sekiranya polis tidak bertindak, penduduk kawasan ini yang akan bertindak.
“Tujuannya adalah tidak lain, penduduk kawasan ini tidak mahu Anwar Ibrahim menjejak kaki di sini. Perasaan tersebut sudah cukup mengambarkan sesuatu.” Ujarnya lagi.
Firdaus Aziz, Presiden MAYC Negeri Sembilan mewakili suara belia menyatakan orang yang mengkhianati bangsanya sendiri dan tidak menghormati Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen perlu ditentang.
Gaya dan lagaknya baru-baru ini turut mencerminkan bahawa dia sememangnya tidak pernah menghormati bangsanya sendiri.
En Siva Pragasam, Pengerusi MIC Kg Ribu pula menganggap, Anwar Ibrahim bukan seorang ketua yang betul. Dia juga dikenali kerana memecahbelahkan kaum India di beberapa tempat di negara ini. Perlu diingatkan masih ramai kaum India cintakan perpaduan dan keamanan dan jangan perkecilkan semangat cintakan tanah air dari kaum India.
Seorang wakil kaum Cina yang tidak mahu dikenali pula mengingatkan, jangan main-main untuk menukar kerajaan kerana kerajaan hari ini telah berjaya mentadbir negara ke arah yang lebih baik. Kaum Cina yang tinggal di sini juga sudah cukup senang.
Wartawan n9kini.com turut diberitahu, antara sebab lain penduduk kampung melarang kehadiran ketua pembangkang itu kerana perhimpunan yang dibuat tanpa kelulusan permit dari pihak berkuasa tempatan.
+ comments + 4 comments
cukup2lah anuar...PM buat program kamu pon sebok buat program...apa yg PM Najib buat semua x betul...Dah kemarok sangat nk jd pm...sudahlah...muak dah dgn kelaku kamu yg memecahbelah rakyat...mengajar rakyat membenci antara satu sama lain..merosak jiwa anak2 muda..Allah akan melaknati kamu...
orang berilmu, b'ckp m'gunakan akal
orang bertakwa, b'cakap b'landaskan agama
orang jahil, bercakap m'gunakan emosi dan kata hati.....
Muka Jijah kat gambar atas tu ahakss...
aku orang seremban.. aku dah meluat sangat2 ngan anwar..
nak bagi perpecahan org melayu xsudah! negeri lain semua dah berpecah.jangan tempat aku ni pulak die nak bg analogi xbaek.
aku anak muda seremban! TOLAK ANWAR!
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...