PUTRAJAYA 10 Sept. - Kerajaan masih berusaha mendapatkan kuota haji tambahan sebanyak 10,000 bagi memberi peluang lebih ramai rakyat negara ini yang beragama Islam untuk melakukan ibadah tersebut, sekaligus mengurangkan jumlah mereka yang keciciran pada musim haji tahun ini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata beliau akan meminta bantuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri untuk bercakap dengan Raja Arab Saudi Raja Abdullah bagi membincangkan mengenai perkara tersebut.
"Tradisinya pada bulan puasa kita dapat jumlah kuota sebanyak 28,000 dan selepas raya biasanya kita dapat kuota rayuan sebab kuota rayuan ini akan membantu mereka yang tercicir dan sebagainya.
"Sampai sekarang kita sedang menunggu kuota rayuan ini," katanya kepada pemberita selepas Majlis Syarahan Perdana dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.
Jamil Khir berkata keputusan mengenai kuota tambahan itu diharap dapat diluluskan dalam masa terdekat.
Sebelum ini Jamil Khir mengumumkan kerajaan Arab Saudi mengekalkan kuota haji bagi jemaah Malaysia pada tahun ini iaitu sebanyak 28,000.
Bagaimanapun rakyat negara ini yang sudah berdaftar untuk menunaikan haji adalah seramai 936,000 orang termasuk 4,000 berusia lebih 75 tahun. - BERNAMA
TAHNIAH KERAJAAN MALAYSIA DISEBALIK PALITAN BERSIH 3.0, Kerajaan Malaysia berjaya meyakinkan kerajaan Saudi untuk rakyat pergi menunaikan haji...Alhamdulillah..
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...