Membaca entry terbaharu MyMassa terhadap guru memang ada kebenaran , pro dan kontra nya.Namun di sini MHS mahu merungkai sedikit konflik yang berlaku di kalangan guru.
Beban Guru
Kebanyakan dari kita nampak tugas guru itu mudah. Sebenarnya tidak mudah. Kalau tidak masakan ada kata-kata seperti ini:
"Kecuaian seorang Doktor , Melayang Satu Nyawa, Kecuaian Seorang Guru, Rosak satu generasi"
Kata-kata hikmah ini menunjukkan bahawa tugas dan beban serta tanggungjawab seorang yang dipanggil MURABBI atau PENDIDIK itu adalah "beyond expectation" dan melangkaui batas seorang pengajar silibus.
Akhlak Pelajar
Pendidik di sekolah tidak terlepas daripada tugas sebagai Ibu bapa, Pemimpin Masyarakat dan tugas sebagai pengajar silibus. Kadangkala 10 minit pertama di dalam kelas seorang guru adalah untuk memperbetulkan AKHLAK pelajar-pelajarnya yang tidak berADAB!
Ada di antara pelajar-pelajarnya yang bongkak dan sombong dengan guru sehingga menganggap guru lebih hina dari anjing belaan mereka di rumah tatkala menacaci guru di hadapan rakan-rakan di dalam kelas sedangkan anjing belaan mereka dibelai di rumah. Itulah akhlak anak bangsa kita yang kita sayangi.
Jikalau bukan guru yang menegur mereka? SIAPA LAGI?
Kerani Sekolah
Kadangkala kerani sekolah mempunyai standard melebihi Pengarah Jabatan Pelajaran. Guru bagi pandangan mereka adalah orang bawahan mereka kerana bagi mereka, gaji guru, fail-fail kenaikan pangkat guru, fail pengesahan guru baru , potongan dan penmabahan elaun mengajar guru semuanya di bawah jejari - jejari dan pengurusan mereka sehingga mereka lupa dan alpa kedudukan sebenar mereka sebagai KERANI sekolah SEHINGGA ada di antara mereka yang melaksanakan tugas sambil lewa terhadap guru-guru di sekolah. Ada pula yang menghilangkan dokumen guru dek kerana tidak mengambil endah dengan pertanyaan guru baru terbabit! Itu belum cerita borang mana yang perlu diisi untuk banyak urusan selepas perpindahan dan pertukaran guru ke sekolah baru ke sekolah lama. Termasuk potongan elaun-elaun dan penyambungan elaun-elaun guru yang diusahakan oleh KERANI SEKOLAH. Bila ditanya, "Mana aku tahu, itu kerja simpulan . Simpulan tidak datang hari ini. Kau tunggulah sampai dia datang!" Inilah jawapan-jawapan bodoh mereka yang bergelar KERANI SEKOLAH apabila ditanya oleh guru-guru terutamanya guru baru DG41.
Lupa DAN Salahkan Kerajaan
Eh, agaknya Kerani Sekolah ni lupa bahawa DG 41 ni lebih tinggi daripada gred dia? Bukan menghina, tapi perkara ini perlu disedari mereka. Sehinggakan ramai DG 41 guru-guru muda mengeluh dan mulalah bersikap tidak suka dengan tugas mereka dek kerana perkara remeh temeh yang berlaku pada persekitaran sekolah yang tidak MESRA ALAM. Sehingga ada guru yang menyalahkan KERAJAAN
Saranan
MHS menyarankan agar audit Luaran mengenai tugas dan bidang tugas serta keselesaan guru dari aspek mental dan prosedur agar ianya dapat menyeimbangkan kembali emosi Guru-guru yang merupakan pendidik sepanjang zaman. Namun , kepada guru-guru ingatlah ungkapan ini:
"GURU UMPAMA LILIN, MEMBAKAR DIRI, MENERANGI ORANG LAIN"
Kerajaan
Rasanya pihak kerajaan telah sedaya upaya bertungkus lumus memastikan SKIM GURU menjadi yang terbaik seiring dengan pencapaiannya sekarang Skim Guru adalah Skim yang terbaik darii segi kebajikan, kenaikan pangkat dan Tangga Gaji jika dibandingkan dengan skim - skim dalam Sektor Awam masa kini. Apa-apapun tahniah GURU!
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...