Meneraju perubahan kah????atau memalukan kerajaan?? |
Seorang Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di Kementerian Pertahanan mati lemas semasa menjalani latihan di Kem Wataniah Force 136, dekat sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Yahya Othman berkata mangsa, Aldy Hasmi Abu Hassan, 35, disahkan meninggal dunia kira-kira 3 petang di Hospital Pekan.
Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku pada 2.30 petang ketika mangsa dan 243 pegawai yang lain sedang menjalani latihan menyeberangi sungai di sebatang tali air berdekatan Sungai Miang, dekat sini.
“Tiba-tiba mangsa terjatuh ke dalam air dan jurulatih kemudian menarik mangsa dari dalam air ke darat lalu terus memberi bantuan pernafasan kecemasan (CPR) sebelum menghantar mangsa ke Hospital Pekan untuk rawatan lanjut.
“Bagaimanapun mangsa disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat lemas,” katanya kepada Bernama di sini malam ini.
Yahya berkata Allahyarham Aldy Hasmi dan peserta kursus yang lain sedang mengikuti latihan di kem tersebut dari 3 hingga 28 Sept ini.
Difahamkan mangsa, yang sudah berkahwin dan mempunyai dua anak, sedang mengikuti Diploma Pentadbiran Awam di bawah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan).
Al-Fatihah |
Bagi pendapat MHS, JPA sekali lagi memalukan program merancakkan imej kerajaan DS Najib setelah apa yang berlaku sebelum ini yakni isu SBPA. Isu-isu sebegini terjadi kerana sikap besar kepala pegawai JPA yang hanya mengakui kepandaian dan kebijak diri sendiri tanpa memikirkan rasional dan input dari pihak lain dalam memperkasa program yang dilaksana.
Setelah kes kematian berlaku melibatkan pegawai DPA wanita di Selangor beberapa tahun lalu ketika menjalani kursus DPA, sekali lagi kebodohan JPA hingga menyebabkan kes berulang terjadi kini kepada pegawai lelaki. Semua ini terjadi kerana kedangkalan JPA memikirkan isu keselamatan dalam program lasak yang diadakan. Menurut sumber yang dipercayai, semua pelatih tidak memakai jaket keselamatan ketika melaksanakan sesi "water confident"..hanya berpaut kepada tali menyeberangi sungai yang dikatakan dalamnya lebih dari 3 meter.
Menyedihkan lagi tentera yang ditanggungjawab sebagai fasilitator dan jurulatih dikatakan lambat bertindak serta tidak mempunyai pasukan paramedik bersama-sama ketika latihan dijalankan.Jika ini benar-benar situasinya, pihak pengelola DPA dan JPA sepatutnya disalahkan dan dipertanggungjawabkan 100% atas insiden yang berlaku!!!
MHS hairan dengan JPA ni, tidak belajar dari kesilapan....sentiasa ingin malukan dan menjatuhkan imej baik yang dibina oleh DS Najib terhadap kerajaan. Amat tepat tindakan serta merta KSN yang mengarahkan semua aktiviti lasak berkaitan DPA dan kursus lain diberhentikan kepada penjawat awam bukan beruniform.
KSN Ali Hamsa |
MHS ingin mengherdik JPA tidak terlalu ego dan over confident dalam semua program yang diadakan mereka kononnya merekalah pejuang perubahan kepada perkhidmatan awam. MHS menggesa agar kerajaan mengambil tindakan sewajarnya termasuk tindakan tatatertib kepada unit yang bertanggungjawab melaksanakan kursus ini yang dilihat telah mencemarkan imej kerajaan ketika hampirnya PRU 13.
Pegawai PTD Versi JPA..BODOH! |
Atau PTD berwajah sebegini??Garang, Kejam dan Tidak Berperikemanusiaan!! |
MHS nak tanya adakah dikepala sicerdik pegawai JPA mahukan pegawai dilatih seperti tentera untuk menghasilkan pegawai yang kuat dan lasak???MHS rasakan perlunya ditingkatkan sesi keagamaan dan motivasi ilmu yang lebih merapatkan pegawai dengan agama sekaligus melahirkan pegawai PTD yang jujur, berintegriti dan terbaik kerana dengan agamalah kita setiap insan mampu dibentuk. BUKANLAH DENGAN LATIHAN ALA TENTERA MENGGILA BABI YANG TIDAK RELEVAN DENGAN SKOP KERJAYA HARIAN PEGAWAI!!!!!!
MHS bye2 dahulu...amarah makin reda......
+ comments + 1 comments
Saya setuju dengan kata MHS. Kita mudah terikut-ikut dengan cara Barat tanpa mengkaji terlebih dahulu kekuatan yang kita ada. Misalnya kita memuji-muji 7 atau 8 tabi'at orang yang paling berjaya yang di sarankan oleh Covey. With due regards to Dr Covey, kita ada 11 ayat yang pertama, Surah al-Mukminun. Dan solat 5 waktu itu kalau dibuat dengan penuh kefahaman dan erti sepenuhnya boleh mengubah tata minda seseorang dalam masa se minggu. Jangan disebabkan dalam sesuatu kumpulan itu ada non muslim maka aktiviti berasas atau berkonsepkan Islam dinafikan kepada peserta Islam. For non muslim give them choice - to follow the same Islam based module or opt into a secular module.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...