RIZAB NEGARA CUKUP TAMPUNG 9.2 BULAN IMPORT TERTANGGUH! Kenali Fungsi Rizab Negara kepada #Malaysia

22 Nov 20121comments

Rizab negara bagi Bank Negara Malaysia mencatat peningkatan sebanyak RM 293.4 bilion dalam tempoh kajian 2002-2012 iaitu daripada RM 131.5 Bilion kepada RM 424.9 Bilion pada tahun 2012. 

Antara fungsi Rizab Negara adalah untuk menstabilkan kedudukan mata wang negara iaitu Ringgit Malaysia untuk kekal stabil pada pasaran. 

Rizab negara yang banyak akan menstabilkan kedudukan ringgit Malaysia sekiranya diserang dengan sindrom kejatuhan nilai mata wang seperti mana yang berlaku di rantau asean termasuk Malaysia pada tahun 1997-1998 apabila mata wang serantau diserang manipulator mata wang asing iaitu George Soros.

Pihak Kerajaan juga boleh menggunakan kuantum daripada rizab negara untuk menyokong nilai ringgit sekiranya nilai ringgit diserang atau mengalami kemerosotan. Langkah-langkah ini perlu untuk mengekalkan keyakinan dalam sistem kewangan dan perbankan Malaysia serta membatu menarik Malaysia keluar daripada krisis kewangan. 

Rizab Negara yang banyak dipengaruhi oleh dasar kerajaan yang tepat dan betul serta iklim ekonomi negara yang kian berkembang. 

-MHS Reuter- 


Petikan Berita: 
KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan rizab antarabangsanya berjumlah RM424.9 bilion atau bersamaan dengan AS$138.6 bilion sehingga 14 November. 
Dalam satu kenyataan, BNM berkata paras rizab itu memadai untuk membiayai 9.2 bulan import tertangguh dan 4.2 kali hutang luar negeri jangka pendek. - BERNAMA 
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
2 December 2012 at 02:42

hutang negara pula berapa? kalau tak silap zaman pak lah 270 lebih bilion. tapi zaman najib 540 lebih bilion. kalau tak silap angka ini sila lihat di perbendaharaan negara laman web. dalam tempoh 4 tahun najib belanja amat boros ni termasuk transfomasilah tu n pembaziran. lihat laporan audit negara yg baru aje dibentang tu..

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team