TERKINI! MUSUH #ISLAM BIDAS HARUN TAIB!

16 Nov 20122comments


DAP hari ini menerusi Timbalan Pengerusi Kebangsaannya Dr Tan Seng Giaw menyatakan hanya menerima kedudukan agama ISLAM sahaja dan menolak mentah-mentah pelaksanaan Hukum Hudud untuk dilaksanakan di Malaysia. 

Semalam Ketua Dewan Ulamak PAS Harun Taib menyatakan pada dasarnya, pembangkang bersetuju untuk menjalankan hukum hudud dijalankan sekiranya pembangkang berjaya memegang tampuk pemerintahan. 

Sekali lagi Hukum ALLAH dipergunakan kedua-dua pihak yang bertelagah di dalam satu pakatan. Ternyata permainan politik kedua-dua parti ini dengan menggunakan subjek Hukum ISLAM adalah semata-mata untuk memenangi hati penyokong kedua-dua belah pihak. DAP secara terang-terangan menentang Hukum Hudud. Manakala PAS pula menggunakan hukum HUDUD untuk mendapatkan sokongan masyarakat Islam. PERSOALAN:

1) Adakah hukum Hudud benar-benar dapat dilaksanakan sekiranya pembangkang dapat menguasai parlimen atau ianya dijadikan isu kambing hitam oleh PAS untuk dapatkan undi? 

2) Apakah akan ada perpecahan di dalam sistem perundangan negara apabila sebelah pihak mahu Hudud dilaksanakan dan sebelah pihak lagi tidak mahu dan akhirnya akan menyebabkan perpecahan di dalam Persekutuan ini yang telah dibina sejak 1948? Negeri-negeri Melayu akan guna hudud, negeri-negeri Bukan Melayu tidak akan guna hudud? 

3) Apakah #pas sedar siapa musuh mereka sebenarnya? Umno atau DAP? 

MHS suka akan peribahasa ini: 

"The truth must be told no matter what, so that justice can live! "

PAS perlu berpijak di bumi yang nyata: Ingatlah firman ALLAH: 

""Sekali-kali tidak akan redha orang-orang Yahudi dan Nasrani sehinggalah kamu mengikut jalan-jalan hidup mereka." (Al Baqarah: 120)"

DAP hanya terima kedudukan agama Islam, bukan hudud


Petikan Penuh Berita:
KOTA BAHARU - Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP Dr Tan Seng Giaw berkata, tidak tahu bagaimana boleh timbul isu hukum hudud dipersetujui pakatan pembangkang, sambil menegaskan DAP hanya menerima kedudukan agama Islam sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara.
Beliau berkata persetujuan yang dicapai antara DAP dan Pas berkenaan pelaksanaan hukum hudud sekiranya pakatan pembangkang berjaya membentuk kerajaan nanti, adalah berdasarkan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. 
"Itu banyak kali disebut Haji Hadi (Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang) dan kita ikut semangat isi kandungan perlembagaan (Malaysia) itu yang disebutkan...saya tak tahu macamana isu lain (hudud) boleh timbul,".
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas perasmian , Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan di sini, hari ini.
Semalam Ketua Dewan Ulama Pas Datuk Harun Taib berkata pakatan pembangkang secara umumnya bersetuju bahawa hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas pilihan pilihan raya umum ke-13.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkata isu hukum hudud hanya diperbesarkan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
"Menurut ucapan presiden (Abdul Hadi ketika merasmikan muktamar) ia tidak menyatakan begitu (apa-apa yang berkenaan dengan isu hudud). Ia hanya menyebut mengenai negara berkebajikan dan perpaduan," katanya.
Beliau berkata 'negara berkebajikan' tidak boleh dialih bahasa kepada 'welfare state' kerana menurutnya ianya jauh berbeza daripada segi maksudnya.

"Negara berkebajikan Islam ini merangkumi lebih daripada apa yang dikatakan 'welfare state' yang menjurus kepada negara komunis atau negara sosialis. Ianya (negara berkebajikan) lebih berpandukan perpaduan bersama, untuk bawa generasi muda sekarang dan akan datang ke arah yang memberikan kita lebih kemajuan," katanya. - Bernama
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
16 November 2012 at 04:28

PAS selalu mempolitikkan Islam... bukan mengislam kan politik.....

2nd time voter
16 November 2012 at 04:54

Pas sedar pakatannya dengan DAP tidak akan dapat merealisasikan impian mendirikan daulah islamiah. Kenapa masih berkompromi?

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team