RAJA NAZRIN 'HERDIK' WARTAWAN YANG TANYA NURUL IZZAH?!, MALAYSIA KINI APIKAN AGAMA?!

7 Nov 20127comments


Umum mengetahui Nurul Izzah menjawab soalan wartawan dan dia merungkai perkara ini yang menjadi titik persoalan umum: 

1.Nurul Izzah menyatakan kebebasan Beragama bukan sahaja terakhluk kepada orang bukan Melayu malah org Melayu pon perlu diberi kebebasan agama.

2. Isunya di sini adalah apa maksud kebebasan beragama kpd orang orang Melayu?
3. Namun Nurul Izzah membuat kenyataan bahawa dia tidak menyokong murtad!
4. Persoalan lagi, kebebasan Agama bagi orang Melayu ertinya bukan murtadkah? 

Umum juga mengetahui bahawa Laporan mula telah disiarkan Portal Malaysia Kini versi Bahasa Inggeris. Persoalan MHS bangkitkan sekali lagi , mengapa ianya dibangkitkan Malaysia Kini dan hanya disiarkan dalam versi BAHASA INGGERIS nya? 

Kesimpulannya, Malaysia Kini tahu akibat akhir penyiaran artikel berkenaan! Nah , Malaysia Kini, You've to answer this to Raja Nazrin! 


TITAH RAJA NAZRIN

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, perbuatan melanggar sempadan agama lain secara keterlaluan atau terbuka wajib dihentikan secara serta-merta dan dicegah daripada terus berlaku kerana dibimbangi mencetuskan tragedi buruk.

Titah baginda, sensitiviti agama tidak mengizinkan perkara agama diperdebatkan secara terbuka kerana yang kurang arif berkemungkinan terlajak kata sehingga memetik contoh-contoh yang jahil.

"Bara keagamaan jangan dinyalakan kelak nanti terbakar diri, kelak nanti terhangus negeri.

"Kebelakangan ini garis sempadan menyentuh agama Islam kelihatan semakin berani dilanggar malah ada di kalangan bukan Islam semakin lantang mencabar perkara-perkara berkaitan Islam melalui ucap kata, bernada mempersendakan syariat, memperkecil akidah umat Islam, merendah-rendahkan amalan Islam," titahnya ketika menyampaikan Syarahan Perdana Budaya: Institusi Raja Berpelembagaan: Kelangsungan Negara Bangsa", di sini hari ini.


Share this article :

+ comments + 7 comments

Aman
7 November 2012 at 02:53

wartawan bengong saja bagi soalan bersifat keagamaan, pulak tu si penjawab , tidak bersedia menjawab soalan. memang masakklah. Soalan agama bukan boleh main tibai jer jawapan dia. Ish2 ..

Anonymous
7 November 2012 at 03:55

daulat tuanku......!!

Anonymous
7 November 2012 at 04:09

Yang peliknya macamana Gereja menganjurkan satu tajuk mengenai Islam. Ini yang dimaksudkan melampaui sempadan Agama... tapi apa nak buat Naib Presidan PKR pun joint berforum patutnya orang islam ramai ramai pi gereja bantah Gereja membincang pasal Islam ....Bila Islam buat forum pasal kristian ...orang kristian cepat-cepat buat laporan polis ...

7 November 2012 at 05:03

kalau dah darah pluralisma tuh...takan ke mana...spin la camne pun nurul pscho jijah...hang KANTOI..big Time!!hahahah

Anonymous
7 November 2012 at 07:16

DAULAT TUANKU!!!

7 November 2012 at 17:58

ramai dah murtad secara tanpa disedari akibat mmepertahankan tazkirah ostajah nurul tafsir surah Al-Baqarah -ayat 256 ditafsir secara tersangat bodoh dan memalukan kerana ostajah nurul main terjah dgn bersandarkan terjemahan Arab-->melayu semata-mata.. , perkara muktamad bukan terjemahan tapi tafsir.. ostajah nurul mabuk tak reti benda satu rupanya ..aku ingat napokk alimm,,zuhud ..rupanya luaran sahaja..

7 November 2012 at 18:03

tgk sikit hari lagii ostajah PKR gila mana pulakk nak tafsir surah al-kafirun ayat 6 "untuk mu agama mu dan untuklah agama ku " .. ni pun kalau main ikut terjemahan semata-mata memang jadi murtad tak tentu pasal.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team