KEPUTUSAN PERLAWANAN MALAYSIA-LAOS: ALHAMDULILLAH, HARIMAU MALAYA DENGAR CAKAP NAJIB!#HarimauMalaya #AFFSuzukiCup

28 Nov 20121comments


Harimau Malaya yang kecundang pada perlawanan pertama menentang Singapura akhirnya bangkit dan kembali mengganas dengan mengalahkan pasukan Laos dengan jaringan 4 berbalas 1. 

Malaysia yang mendahului dengan Jaringan yang pertama menerusi  sepakan cantik Safiq Rahim kemudiannya diikat Laos dengan 1-1 sebelum Malaysia kembali garang pada separuh masa kedua , asakan demi asakan sehingga Malaysia diletakkan dihadapan dengan jaringan Safie Sali, Wan Zack Haikal dan Khairil Muhaimin. 

Kemenangan Malaysia pada perlawanan ini sangat penting bagi membuka peluang Malaysia untuk ke separuh akhir. Permainan yang mantap berjaya ditunjukkan anak buah Raja Gopal yang sangat berbeza dengan persembahan mereka pada perlawanan pertama menentang Singapura. 

Malaysia perlu menang menentang Indonesia untuk layak ke separuh akhir dengan selesa. 

Harimau Malaya dilihat menerima nasihat YAB Perdana Menteri yang mahukan kemenangan berpihak kepada Pasukan Malaysia. Tahniah Malaysia, dan teruskan tradisi kemenangan ini sehingga perlawanan akhir! 


KEPUTUSAN

 MALAYSIA VS LAOS - 
INDONESIA VS SINGAPURA 28 NOVEMBER 2012 PIALA AFF SUZUKI 2012 

INDONESIA VS SINGAPURA 1-0
(Full time)

MALAYSIA VS LAOS 4-1
(Full time)


Petikan Berita Najib Mahu Harimau Malaya Bangkit 26/11/12

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu skuad Harimau Malaya bangkit dan mencatat kemenangan dalam saingan seterusnya Piala Suzuki AFF 2012. Beliau berkata, kekalahan kepada Singapura pada perlawanan pembukaan malam tadi perlu ditebus semula oleh anak buah Datuk K Rajagobal kerana rakyat mahu melihat kejayaan skuad kebangsaan pada perlawanan akan datang.
 "Walaupun keputusan bukan pihak kita, kita semua mahu Harimau Malaya bangkit semula. Malaysia, raihlah kemenangan pada perlawanan seterusnya," katanya di laman Twitter beliau hari ini. 
 
Malaysia terpaksa menelan pahit selepas diaibkan Singapura 0-3 di gelanggang sendiri pada perlawanan Kumpulan B di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
 
Skuad Harimau Malaya akan menentang Laos Rabu ini sebelum menamatkan aksi di peringkat kumpulan berdepan naib juara 2010, Indonesia, Ahad ini. - BERNAMA
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
10 April 2024 at 04:32

DATUK YIP KUM FOOK banyak melakukan kejahatan kepada orang di kawasan Kepong, lelaki (Datuk Yip) ini mengganggu ramai isteri orang, membakar Kuil Hindu di Taman Daya, mengeluarkan sami Buddha dari Kuil di Taman Desa Jaya, Kepong, dan menipu wang.

ENCIK SIMON LOW KOK MENG (Taman Daya) adalah pembantu (CID) Datuk Yip atau abang iparnya, berapa ramai yang memboikot mereka, Banyak sangat masalah di kawasan Kepong, kerana Datuk Yip Pengerusi MCA di Taman Daya, Kepong. . , dia dibayar wang kepada polis dan DBKL untuk mengganggu orang ramai, dan sebagainya

YIP KUM POH No: 19B, Jalan Sg 1/9, Taman Industri Bolton, 68100 Batu Caves, Selangor Malaysia (pejabat peguam) YIP KUM POH bukan peguam tetapi boleh membuka pejabat peguam, dia adalah adik lelaki Datuk Yip Kum Fook….”MALAYSIA BOLEH”

Kami tidak senang ketika itu kerana kami berada di bawah kawalan MCA di tempat kami, dan juga Datuk Yip telah digunakan oleh Gangster di kawasan Kepong dan Gombak, kami tidak berharap kepada MCA lagi dan kami adalah kumpulan yang meletak jawatan dari MCA

Kami telah mendengar, bahawa AGONG MALAYSIA (Sultan Johor, Sultan Ibrahim) telah mengambil kembali (Tarik) GELARAN DATUK (Datuk's title), dan kami akan menulis kepada Agong tentang perkara ini

DATUK YIP KUM FOOK (Lawyer) tidak fikir orang bodoh dan anda boleh menghina Buddha dan Hindu tetapi tentang Islam, anda dihina jika anda tidak mempunyai tempat tinggal.

Oleh Ah Keong, Kepong, Kuala Lumpur

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team