Serangan Ganas Gaza, 1 Rumusan Kemenangan Moral Pejuang Mujahideen Palestin.

22 Nov 20120 comments


Serangan Ganas Gaza, 1 Rumusan Kemenangan Moral Pejuang Mujahideen Palestin.


Nampaknya , tidak dapat tidak , Israel terpaksa akur untuk menerima perjanjian gencatan senjata selepas 8 hari menghujani bumi Gaza dengan bedilan bom pesawat mahupun roket.

Penganalisis melihat, Israel terpaksa mengakui kekuatan Hamas tidak seperti Hamas yang sebelum ini.
Disebalik kenyataan angkuh Ehud Barak (Menteri Pertahanan Israel) yang menyatakan walaupun Israel akur dengan gencatan senjata ini, Israel telah berjaya memberikan ‘tamparan hebat’ kepada Hamas dan briged Jihad. Namun apa yang dilaporkan para diplomat 48jam sebelum berlakunya gencatan senjata ini, ialah Ehud Barak (Menteri Pertahanan) mahu gencatan senjata berlaku tetapi Avigdor Lieberman (Menteri Luar) dan Binyamin Netanyahu(Perdana Menteri) tidak mahu gencatan berlaku.

Di sini timbul persoalan mengapa Ehud Barak selaku panglima perang yang paling hampir dengan tenteranya bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata selepas hanya 8 hari peperangan dimulakan?

Pertama,Lihat kenyataan ini:
“Ehud Barak tahu akan kekuatan tenteranya untuk masuk ke Gaza“

1.   Adakah dia tahu bahawa tenteranya itu akan disatai-satai oleh pejuang-pejuang Mujahideen daripada pelbagai kelompok yang dilihat telah bersatu melancarkan roket ke Israel?
-      Serangan Udara Israel telah menyebabkan kelompok pejuang yang tidak bersatu sebelum ini telah bersatu melawan balik serangan Israel dengan melancarkan serangan roket yang telah menyebabkan 5 kematian di pihak Israel yang melibatkan tentera Israel dan Kontraktor.

2.   Ehud Barak tentunya sedar bahawa Mesir yang sebelum ini menutup pintu-pintu sempadan telah membuka pintu-pintu sempadan di sepanjang sempadan Mesir-Palestin bagi membolehkan pergerakan bekalan dan pelarian palestin untuk keluar masuk dari medan pertempuran. Tidak seperti sebelum ini.
3.   Ehud Barak selaku Menteri Pertahanan Israel tentunya Sedar bahawa operasi udara besar-besaran ribuan bom dan misil yang dilepaskan daripada udara dan laut ke Gaza selang 10 minit hanya mengorbankan banyak orang awam 130 orang Palestin Syahid yang 34 daripadanya adalah kanak-kanak!

4.   Ketidakpastian peperangan darat dapat dimenangi pihak Israel makin diragui apabila Hamas telah membunuh 6 spy Israel pada Selasa dan semangat juang para mujahideen semakin memucak dan perkara ini menyebabkan Ehud Barak khuatir Tentera darat Yahudi ini akan tewas di medan pertempuran darat. 
Share this article :

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team