NURUL IZZAH BERGELEK DENGAN ISU MURTAD. PERKARA NI PUN NAK DIMAINKANNYA?

4 Nov 20120 comments


Nurul Izzah ni pun pandai bergelek macam bapak dia... 

Gambar ni bukan anwar, UMNO yang buat... 

Gambar ini bukan anwar, UMNO yang buat... 

Gambar -gambar tu bukan anwar ke bukan nurul ke , UMNO yang buat ke , MHS pedulik ape. MHS nak kita faham tabiat pemimpin-pemimpin politik yang tak guna sehingga isu MURTAD pon jadi BAHAN POLITIK!

Dipetik daripada http://novandri.blogspot.com 

Sebelum anda baca kenyataan Nurul Izzah, anda baca dulu laporan Antarapos di bawah :
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menegaskan bahawa sebarang peruntukan undang-undang berkaitan kebebasan beragama harus dilaksanakan secara adil tanpa mengira agama termasuk Islam.

Kata beliau, seharusnya tidak wujud sebarang desakan beragama sehingga membezakan antara agama Islam dan agama lain.

"Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,” katanya ketika menjadi panel forum'Islamic State: Which version; Who’s responsibility?’ anjuran Gereja Full Gospel Tabernacle di Subang hari ini. 
Beliau menjawab soalan penonton yang bertanyakan pendapatnya tentang kewajaran kaum Melayu diberikan kebebasan beragama seperti yang dinikmati oleh golongan bukan Islam. 

seterusnya

Nurul Izzah berkata, "Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,”

Dan sekarang anda baca pula celoteh terbaru Nurul Izzah
Penjelasan Isu Islam dan masyarakat Melayu

Saya ucapkan terima kasih di atas pertanyaan lanjutan yang diterima setelah saya menghadiri satu forum bertajuk “Islamic State: Which version? Whose responsibility?” sebagai seorang panelis.

Sewaktu sesi soal jawab, salah satu soalan ditanya kepada saya berkait isu paksaan dalam agama melibatkan masyarakat Melayu.

Jawapan saya menegaskan ungkapan – “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….” – daripada ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256.

Ungkapan ini merangkumi seluruh umat manusia.Namun ditambah, saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

Saya sama sekali tidak menggalakkan atau menerima murtad.Saya berdoa agar Allah SWT memberi petunjuk dan hidayah kepada semua, demi kesejahteraan bersama.

Nurul Izzah Anwar
4 November 2012
So, yang mana satu betul? " "Tiada desakan dalam beragama...mana boleh kita kata ‘maaf ini (kebebasan beragama) hanya untuk bukan Islam sahaja’, ia seharusnya dilaksanakan sama rata,”" atau 'setelah memeluk Islam, tertakluk dengan Syariat Islam' ? 

Apakah Nurul Izzah cuba memutarbelitkan kenyataan beliau? 


Anda baca di sini : KLIK SINI
Share this article :

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team