AKHIRNYA @harakah KELUARKAN ARTIKEL MURTAD TIDAK TERMASUK DALAM KONSEP KEBEBASAN BERAGAMA!@anuaribrahim #nurulizzah!

13 Nov 20120 comments


HARAKAH: Murtad tidak termasuk dalam kebebasan beragama

Lidah PAS akhirnya mengeluarkan teks penuh Persatuan Ulama' Malaysia (PUM) berhubung murtad atau orang Islam yang keluar dari agama ISLAM tidak termasuk dalam konsep Kebebasan Beragama yang digariskan ISLAM. Kebebasan Beragama yang digariskan ISLAM adalah tertakhluk kepada mereka yang BELUM ISLAM sahaja bukan orang yang sudah memeluk ISLAM.

Pendirian ini wajar dipuji kerana Islam sepatutnya diletakkan di atas segala-galanyya. Bukan di bawah sesuatu sepertimana digunapakai oleh Anwar Ibrahim dan anaknya , Nurul Izzah yang meletakkan politik di atas agama dengan mempersendakan hukum yang telah digariskan ISLAM. 

PUM juga menyelar mana-mana institusi termasuk SISTER IN ISLAM yang selalu memanipulasikan isu-isu agama untuk disesuaikkan dengan budaya sekular. 

Ketika ini budaya yang menjadi kebimbangan kepada masyarakat Islam adalah budaya Pluralisme Agama dan budaya Liberal Agama yang dibawa oleh Pemimpin Parti Politik dan sesetengah NGO yang mendokong budaya ini! 



Petikan Penuh Lidah Harakahdaily: -


KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) bersama pelbagai badan ulama’ di peringkat antarabangsa sentiasa mengalukan pendirian tegas OIC bagi mewakili semua negara anggotanya di PBB dan pelbagai forum antarabangsa berhubung kebebasan agama.

“Islam mengiktiraf kebebasan beragama; seseorang tidak boleh dipaksa untuk menganuti sesuatu agama; namun, murtad tidak termasuk dalam kebebasan tersebut,” ujar Setiausaha Agung PUM, Dr. Mohd Roslan Mohd Noor dalam satu kenyataan.

Di bawah adalah kenyataan penuh beliau.

Dengan harapan media beramanah dalam melaporkan isu kebebasan beragama yang sedang dibincangkan, Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) ingin menyatakan sokongan terhadap Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), termasuk para pemimpin dunia yang lain yang mengutuk perbuatan biadap menista agama, termasuk sebarang penistaan dalam isu kebebasan beragama.

Dan, di saat ummah Islam semakin hilang keyakinan terhadap PBB, PUM turut menyokong Kenyataan Malaysia, khasnya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang menolak konsep kebebasan beragama yang tidak menepati Syariah dan Perlembagaan Persekutuan semasa Sesi Biasa Ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia PBB.

PUM bersama pelbagai badan ulama’ di peringkat antarabangsa sentiasa mengalukan pendirian tegas OIC bagi mewakili semua negara anggotanya di PBB dan pelbagai forum antarabangsa berhubung kebebasan agama, iaitu bahawa Islam mengiktiraf kebebasan beragama; seseorang tidak boleh dipaksa untuk menganuti sesuatu agama; namun, murtad tidak termasuk dalam kebebasan tersebut.

Perkara ini telah diijma’kan oleh ulama’ dan mujtahid, salaf dan khalaf, dan dari semua mazhab Islam berdasarkan metodologi syara’ yang diiktiraf, yang turut menjadi asas penting dalam sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia (UNGA Res. A/65/PV.34).

Walaupun kedua-dua dokumen ini tidak mengikat dari sudut undang-undang, “Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR, 1948)” yang membenarkan jenayah syarie seperti murtad dianggap tertolak di sisi Syariah, khasnya melalui dokumen “Deklarasi Hak Asasi Manusia Dalam Islam Kaherah (CDHRI, 1990)”.

Bahkan, terdapat resolusi penyelarasan antara negara anggota OIC dalam bidang hak asasi manusia  (Resolusi No. 41/21- P, 1993) berdasarkan CDHRI di mana kebebasan beragama tidak terkecuali.

Sedihnya, resolusi ini masih terbiar tanpa penyelarasan oleh pihak Kerajaan seperti di dalam Akta 597 (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999) dan Draf “Asean Human Rights Declaration (AHRD)” yang bakal dimuktamadkan pada 21 November 2012 ini.

PUM meminta SIS (Sister In Islam) dan sesetengah pihak sekularis berhenti memanipulasi teks agama untuk disesuaikan dengan perspektif sekular, termasuk dalam isu kebebasan beragama. Tindakan tersebut merupakan suatu penistaan agama (defamation of religions) yang menjadi sebahagian daripada menifestasi religiofobia. Bahawa, ianya telah pun dianggap suatu jenayah di peringkat nasional dan antarabangsa.

Justeru, PUM menyokong Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan-kerajaan Negeri yang menjalankan tanggungjawab mengambil tindakan dari sudut perundangan, pendidikan, media dan seumpamanya untuk memastikan agama tidak dinafikan haknya atas nama-nama yang indah seperti hak asasi manusia.

NOROL IZZAH DAN ANNUWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT!  
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team