Anwar Ibrahim - Bapa Liberal Islam Malaysia - Nauzubillahimin zalik.! |
Sikap petualang Melayu dan petualang agama Islam semakin terserlah apabila menegaskan bahawa Pakatan Pembangkang yang diketuai Anwar akan tetap dengan pendirian membenarkan kalimah ALLAH dalam bible versi Melayu!
Semakin banyak solat hajat dilakukan umat Islam terutamanya oleh orang-orang PAS, semakin terserlah niat sebenar Anwar Ibrahim yang meletakkan dirinya sebagai BAPA PEMODENAN ISLAM ala Mustapha Kamal Altartuk ini yang mahu meliberalkan ISLAM dan mempermudahkan Islam!
Tidakkah kita sebagai orang Islam dan beriman kepada Allah tahu bahawa Islam Itu sememangnya mudah, tetapi jangan kita mempermudahkannya!
Sikap Anwar yang pelik dan sering mempermudahkan agama demi kepentingan politik sebenarnya membahayakan umat Islam pada masa akan datang. Lambakan kalimah Allah di dalam ayat-ayat bibble akan memudahkan akidah umat Islam terpesong dan sukar untuk menentukan ayat tersebut datangnya dari Quran mahupun Bible, KATA-KATA ulama' Islam ataupun Mubaligh Kristian!
Cuba kita imbau kembali apa telah terjadi dengan masyarakat Islam kini setelah tamadun dan kerajaan Islam telah dimusnahkan oleh Mustapha Kamal Attartuk demi keagungan Liberalisme. Perkara yang sama sedang diusahakan Anwar Ibrahim Si Parasit di Tanah Melayu ini. ... NAUZUBILLAHIMIN ZALIK! SIAL KO ANWAR!!!
Petikan Akhbar :
PETALING JAYA - Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan, perikatan pembangkang itu tetap dengan pendirian yang diputuskan oleh Majlis Pimpinan Presiden 8 Januari lalu bersabit isu penggunaan kalimah ALLAH dalam Bible versi bahasa Melayu.
Meskipun begitu kata Anwar, pihaknya tidak menolak untuk mengadakan sebarang perbincangan susulan berikutan keputusan Majlis Syura Pas.
"Boleh, kenapa tak boleh bincang. Tapi setakat ini tidak timbul. Setakat ini, ini pendirian Pakatan Rakyat berdasarkan kenyataan yang dibentangkan oleh Hadi Awang dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang lalu (8 Januari)," kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
Awal minggu lalu, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa semua pihak termasuk pimpinan PR menerima keputusan Majlis Syura bahawa kalimah ALLAH tidak boleh digunakan oleh bukan Islam.
Nik Aziz berkata, perkara itu tidak perlu ditimbulkan semula setelah Majlis Syura menetapkan larangan penggunaan kalimah yang eksklusif bagi orang Islam itu diterjemahkan mana-mana kitab agama bukan Islam kerana salah dari segi maknanya.
Majlis Syura membuat keputusannya pada mesyuarat 13 Januari.
Menurut Anwar, pihaknya bagaimanapun tetap dengan kenyataan yang dibentangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini di mana kalimah ALLAH boleh digunakan selagi ia tidak disalahgunakan.
"Soal isu ALLAH ini saya baca dengan teliti keputusan Majlis Syura Pas. Kita juga baca dan bincang kenyataan yang dibentang oleh Hadi Awang di awal dalam Majlis Pakatan Rakyat.
"Kita dalam Pakatan Rakyat apabila membaca kenyataan Hadi Awang, pertama dengan tidak melarang penggunaan tetapi menegur penyalahgunaannya, menyatakan keprihatinan, kalau ia boleh mengelirukan. Kita tidak ada masalah dalam hal demikian," ujarnya.
Meskipun begitu, Anwar tidak menolak hujah berkenaan kebimbangan umat Islam jika kalimah berkenaan disalahgunakan oleh pihak yang mahu menyebar dakyah songsang untuk mengelirukan masyarakat Islam.
"Saya juga dapat merasakan sebahagian daripada kebimbangan itu sahih, maknanya ada benar.
"Dalam kes-kes seperti itu kita harus tegas. Kalau ada antaranya pengedaran Bible ini kepada budak-budak sekolah, harus ada tindakan. Yang saya tidak setuju, ia digunakan untuk politik seperti mengatakan liberal, plural dalam soal ALLAH ini," katanya lagi.
+ comments + 7 comments
tak salah den najib ado keluar surat membonakan guna kalimah Allah kepado oghang kafir. tu apo coghito tu? laen kali jangan nak salahkan oghang tup2 keno batang idung sendiri. apo cito tu jang?
Fitnah ekau kato najib plak bonarkan.penchachai bodoh meman selalu fitnah! Sial
Kami tidak keluarkan perkara yg fitnah dan belum terbukti fakta dan buktinya.sekiranya anon 0048 dan lain-lain pencacai ada bukti,sila kemukakan dengan jujur. Setakat ini UMNO! dan kabinet Najib Tun Razak menentang keras penggunaan kalimah Allah kpd yg bukan beragama Islam kerana ia boleh mengelirukan umat Islam. Yg nyata Anwar memang p3nyokong tegar penggunaan kalimah agung ini di dlm bible bahasa Melayu _-MHS
Anon 0048 poncacai boghik..
panglimo poghang ekau nak kato tu kenolah berhati2 ni den nak bantu anon0048. ekau tengok blog wargamarahen atas tajuk kalimah allah: apa pula pendirian umno bn. di situ ado lampiran surat najib membonakan kalimah allah digunokan kpd bukan islam. ekau tengok jugo. blog omak kau tuesday 15 jan 2013 atas tajuk: tengok surat najib razak yg beri kelulusan mutlak bible boleh guna bahasa melayu dicetak di negara kita. ekau bacolah surat najib tu jang tapi dalam bahasa inggeris. ekau perhatikan satu2 eh. jangan lak ekau kato surat tu palsu. klu ekau tak puas hati ekau saman jo blog omak kau ngan blog wargamarahen tu. den cumo boghi jalan jo.
panglimo poghang den nak tanyo dah ko ekau baco perlembagaan artikel 11(1)? yg mengatokan kalimah allah buleh digunokan oleh oghang2 bukan islam. dulu taun 2010 nazri aziz jugo kato boleh digunokan kalimah allah kpd oghang2 bukan islam di nogoghi yg takdo raja. ekau boto2 tak ikut berito itulah jang. ekau kono tipu jo ngan ketuo2 umno yg bodo tulah jang. ekau tak abeh baco ko? laen kali ekau bacolah banyak2 kito ni hidup jangan sampai dopt oghang tipu kito. isu kalimah allah ni dah banyak kali keluar sojak taun 2008 sampai 2010. sonyap kejap pastu muncul layi taun ni. maaf jang den togo sikit.
salam panglimo poghang. kenapo tak jawab eh anon 2312 ngan anon 0017? laen kali ekau kono teliti bilo nak cakap. ni den nak kasi satu layi hujjah kalimah allah boleh digunokan oleh orang 2 kafir. mufti perlis dah keluarkan fatwa boleh oghang kafir guno kalimah allah pd taun 2008. dlm quran ayat 106 maidah allah sendiri suruh orang kafir bersumpah dongan namo allah dongan toghang dan nyato allah swt sobotkan. semalam mufti perak kato siapo membonokan kpd oghang kafir guno kalimah allah mako oghang tu jadi kafir. cubolah tengok boto2 eh...... bererti mufti perak dah kafirkan mufti perlis dah kafirkan najib dah kafirkan banyak oghang. astaghfirullah ... kenapolah disobabkan politik sampai jadi macam ni..ini jugo bererti mufti perak dah jadi kafir sobab nabi kato barang siapo kafirkan oarang maka dia juga kafir maksud hadis nabi. panglimo poghang ekau oghang yg berpendidikan yg berilmu jadikanlah diri ekau seorang yg berfikiran baik dan matang. den ghasolah ekau boleh beri pandangan2 baik kpd pengikut2 ekau jang. maaf den eh.
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...