KEBODOHAN PAKAR MATEMATIK DAP, SPR JUGA HARUS DIPERSALAHKAN?!
4 Jan 20130
comments
ALLAH TAALA itu maha adil dan setiap petunjuk itu bersebab. Terpulanglah kepada manusia untuk beriman kepadaNya dan beriman atas setiap ketentuanNya ataupun tidak. Ikuti epilog kelakar undi DAP: - 1. Setelah DAP dikecam hebat kerana perwakilan langsung menolak Melayu di dalam parti, pengiraan semula dilakukan.... 2. Selepas pengiraan semula dilakukan, DAP kata ada kesilapan pengiraan undi perwakilan 2000 orang terhadap undi Zairil Khir Johari ni... 3. Tunku Aziz sifatkan perbezaan 500 undi di dalam pengiraan undi ini adalah satu keajaiban! 4. Hoi DAP bangang, korang kira 2000 undi jer kot, bukan berjuta-juta undi macam SPR! 5. Sebenarnya DAP ingat boleh tipu orang Melayu! Orang PAS ko bolehlah tipuuuu! Tetapi DAP tidak boleh tipu kumpulan rasional majoriti masyarakat Islam di Malaysia! Petikan Berita: KUALA LUMPUR 4 Jan. - Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim (gambar) menyifatkan lebihan hampir 500 undi yang diterima oleh Zairil Khir Johari selepas pengiraan semula dibuat sebagai 'satu keajaiban'. Menurut beliau, lebihan undi itu tidak munasabah kerana jurang perbezaan daripada undi asal yang diterima Zairil cukup besar. "Jumlah undi yang kira semula itu macam tidak munasabah. Bagaimana Zairil yang mendapat undi awal sebanyak 305 boleh naik mendadak kepada 803 undi. "Bukan sikit tetapi peningkatan mencecah 500 undi. Macam ada satu keajaiban pula," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang mendakwa DAP mengakui berlaku kesilapan dalam pengiraan undi dalam pemilihan parti yang dilakukan pada pertengahan Disember lalu.
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...