KENALI 'CIRI' AGAMA ISLAM DI AKHIR ZAMAN?! Nabi telah tahu, ALLAH telah firmankan...

2 Jan 20130 comments


Bacalah wahai saudara-saudaraku seIslam di Malaysia walau di mana jua berada.
Apa yang MHS bentangkan ini adalah sedikit usaha untuk memberitahu apa yang sepatutnya berlaku kepada diri kita, umat Islam di Malaysia. ... 

Semoga bacaan anda pada hari ini dan perkongsian MHS yang tidak seberapa membuka peluang kita untuk terus berpegang pada tali ALLAH Azza Wa Jalla... 

Perdamaian Umat Islam 
Kewajipan mengusahakan perdamaian di kalangan umat Islam tidak kurang darjatnya dari ibadat-ibadat utama seperti sembahyang, seperti yang dinyatakan dalam berberapa hadis Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
"Mahukah aku memberitahu kamu amalan yang lebih afdal dari sembahyang, puasa dan sedekah, iaitu mendamaikan antara dua golongan yang bersengketa; kerana kerosakan hubungan di kalangan umat Islam boleh membinasakan."

"Jemaah itu adalah rahmat dan perpaduan itu adalah azab, sesiapa yang memecahkan perpaduan, maka ia bukanlah dari golongan kita."

"Pertolongan Allah adalah berada bersama jemaah (kumpulan terbesar)."

"Janganlah kamu bersengketa; kerana umat sebelum kamu telah bersengketa lalu mereka binasa."

Kata-kata hikmat daripada Saidina Hasan bin Ali R.A ketika menyeru pengikut-pengikutnya bersatu di bawah kepimpinan Muawiyah, boleh dijadikan bahan renungan: "Sesungguhnya apa yang kamu sekelian tidak suka dalam berjemaah (bersatu) adalah lebih baik dari apa yang kamu suka dalam berpecah."

"Sesiapa di kalangan kamu yang hidup lama akan menyaksi perbezaan pendapat (khilaf) yg banyak, maka berpeganglah kepada Sunnahku dan sunnah Khalifah Arroshideen dan gigitlah dengan gigi gerahammu dan jangan berpecah."

'Ciri' Agama Islam di Akhir Zaman 
  • Umat Islam agama sudah dikomersialkan
  • Beragama dengan tujuan mendapatkan duit untuk kehidupan AGAMA
  • Agama bukan untuk Tuhan tapi untuk cari makan
  • Belajar agama hingga ke luar negara tujuan cari makan
  • Belajar menghafaz Al Quran tujuan cari makan juga
  • Membaca Al Quran tujuan cari makan, kehidupan dan cari nama
  • Mengajar, berdakwah, motivasi juga untuk cari makan dan upah
  • Menyembahyangkan jenazah juga untuk periuk nasi juga
  • Adakalanya tawar-menawar berapa banyak bayarannya
  • Bahkan ada puak dia jadi agen sembahyang mayat untuk dapat upah
  • Ia berlaku di pondok-pondok pengajian dan di pesantren-pesantren agama
  • Jadi imam juga lumrah berlaku tujuan cari makan dan dapat bayaran juga
  • Belajar agama untuk dapat jawatan itu sudah perkara biasa
  • Ia sudah berlaku dan terjadi agak lama
  • Ia berlaku sudah beratus tahun lamanya
  • Sungguh sedih agama sudah tidak jadi agama lagi
  • Duti sudah jadi agama, agama adalah bayarannya
  • Bahkan buka pondok pengajian pun tujuan cari makan
  • Ada pondok ada murid maka murid mereka adalah duit
  • Aduh watak akhir zaman agama sudah tidak jadi agama lagi
  • Orang agama hanya tinggal bilangan jari
  • Sesiapa yang masih berpegang dengan agama, macam pegang bara api
  • Hendak buang ertinya buang agama, hendak terus genggam amat panasnya
  • Sungguh asing orang beragama di akhir zaman
  • Dia tersingkir dan terpinggir oleh masyarakatnya
  • Dia dipandang serong oleh masyarakat di zamannya
  • Bertuahlah orang beragama di akhir zaman
  • Bergembiralah orang agama naik harganya di sisi Tuhannya
  • Kerana susahnya beragama, pahalanya berganda-ganda
  • Begitulah rahmat Tuhan kepada orang-orang-N
    ya
Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya. (Surah Al ‘Imran, 103)
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat. (Surah Al-Hujurat, 10)
Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (Surah Al-Anfaal, 46)
Dan orang-orang yang kafir, setengahnya menjadi penyokong dan pembela bagi setengahnya yang lain. Jika kamu (wahai umat Islam) tidak menjalankan (dasar bantu-membantu sesama sendiri yang diperintahkan oleh Allah) itu, nescaya akan berlakulah fitnah (kekacauan) di muka bumi dan kerosakan yang besar. (Surah Al-Anfaal, 73)
Dan juga (lebih baik dan lebih kekal bagi) orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu perbuatan secara zalim, mereka hanya bertindak membela diri (sepadan dan tidak melampaui batas). (Surah Ash-Shura, 39)
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh. (Surah Ass-Saff, 4)

HADIS NABI UNTUK RENUNGAN RAKYAT ISLAM DI  MALAYSIA.. 


Berikut adalah antara hadis-hadis Rasulullah s.a.w. penting yang berkaitan dengan perpaduan umat Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Seorang Muslim itu adalah bersaudara dengan Muslim yang lain. Dia tidak boleh menganiayainya dan tidak boleh menyerahkannya (kepada musuhnya)..." (Muttafak 'alaihi).

“Perbandingan orang-orang yang beriman tentang perasaan kasih sayang, berbelas kasihan dan bersimpati mereka adalah seperti satu tubuh badan, sekiranya salah satu daripadanya mengadu sakit, maka bersahut-sahutanlah lain-lain anggota kepadanya dengan tidak dapat tidur dan demam selesma” 
(Riwayat Bukhari).

"Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain, adalah seperti sebuah binaan, yang saling kuat menguatkan antara satu sama lain" 
(Al Thabrani)

” …Ya!, Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku, amal yang akan memasukkan aku ke dalam syurga. Maka sabda Rasulullah s.a.w: ‘Engkau beribadah kepada Allah S.W.T dan tidak menasyrikkannya dengan sesuatu, mendirikan solat, membayar zakat dan menghubungkan persaudaraan.’” 
(Al-Ansari)





















































Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team