POST MORTEM #KL112 :Mengapa tidak menjadi seperti MESIR?!

16 Jan 20138comments



Gambar di atas menunjukkan pembangkang tiada modal lagi untuk membantai pihak kerajaan dengan isu yang konkrit dan bersifat Kerajaan . Niat pembangkang yang mahu meniru kebangkitan Mesir untuk menggulingkan kerajaan secara tidak demokratik tidak mendapat perhatian MAJORITI Rakyat Malaysia. KENAPA?

1.  51% rakyat Mesir berada di tahap kemiskinan, di Malaysia kurang 14% pada awal tahun 2012 dan ianya menunjukkan penurunan dengan pelbagai program intervensi Kerajaan eg: Program Basmi Kemiskinan, Program Azam , Program ICU, Program Kedai Rakyat , BR1M 1 & 2 dan sebagainya.  

2. Pengangguran dan Inflasi di Mesir menunjukkan 30% , namun di Malaysia kekal kurang 3%. Malah Golongan muda dilatih oleh Agensi-agensi Kerajaan dan Badan-badan Berkanun. Pihak Pemuda Barisan Nasional yang diketuai oleh YB Khairy Jamaludin juga giat menjalankan Program Karnival Kerjaya bagi membantu golongan ini mencari kerja. Kerajaan juga mengurangkan inflasi dengan subsidi kepada barang-barang asas agar rakyat tidak terbeban selain penstabilan ekonomi komoditi dan barangan eksport Malaysia ke luar..  

3. Rakyat Mesir dihimpit dengan tekanan ekonomi yang serius sedangkan pemimpin dan tentera kaya raya. Pihak tentera Mesir lagi kaya daripada rakyat biasa. Di Malaysia, pemimpin pembangkang yang belum berkhidmat dengan kerajaan sudah pun disogok menggunakan jet mewah dengan sumber kewangan yang tidak diisytihar. Malah ahli parlimen pembangkang di Selangor yang baru 1 penggal menjadi wakil rakyat telah mengumpulkan banyak harta dan kenderaan mewah , contoh terbaik Zuraidah Mak Lampir(Type jer 'Zuraidah Mak Lampir' kat google kalau nak tau cerita lanjut).  

4. Rakyat yang berfikiran RASIONAL masih MAJORITI berbanding yang beremosi di Malaysia. Ini termasuklah dalam kalangan penyokong pembangkang(MHS bagi kredit sedikit kat mereka yang rasioanl di pihak pembangkang yang tidak mahukan negara dihuru-harakan oleh Pakatan yang berEMOSI. Kalau ramai di antara mereka yang berEMOSI, rasanya negara akan lebih cepat huru - hara!  

Disebabkan itulah segala usaha pihak pembangkang yang kononnya zuhud  di Malaysia yang mahu 'mencipta' kebangkitan yang 'Artificial' (kebangkitan yang dibuat-buat) dengan harapan dapat menggulingkan kerajaan tidak berhasil mendapat keyakinan MAJORITI rakyat Malaysia yang rasional. Hanya mereka yang tidak rasional sahaja yang sanggup berpanas berhujan dengan membawa anak mereka bersama Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang! 

PSSSsst: Perlu diingat, kebangkitan rakyat di Mesir adalah kebangkitan yang tidak dirancang dan ianya adalah SPONTAN disebabkan faktor-faktor di atas BUKAN dirancang dan bersifat ARTIFICIAL!


Share this article :

+ comments + 8 comments

Anonymous
16 January 2013 at 23:23

Komen gambor: Tu je lah tahap mentaliti pecacai PR nih....... banggang tahap gaban.

Anonymous
16 January 2013 at 23:30

tengok muka pun , MUKA TAK SEKOLAH !!!!

Anonymous
16 January 2013 at 23:51

sebab muko tak ensem tu yang pompuan taknak. Bukan salah Najib dan kerajaan BN. lain kali, pi la cari kerja baik sikit, pakai deodoren...ini nak dekat pun bau ketiak, lagi mahu salahkan Najib dan Kerajaan sebab tak dapek awek.apo lah ekau ni jang....

Anonymous
17 January 2013 at 00:56

Listen..listen..listen,
It was a total failure and bored said hardcore PAS supporters because no teargas and water cannon.

Anonymous
18 January 2013 at 06:17

den tegok perhimpunan tu tak jadi soperti moser sobab takdo provokasi daghi pihak kerajaan tghutamonyo poleh. yg jadi kacau tulah dio sobabnyo. tengok singapore parti tukol ngan parti pap sobolah mejombolah jo duduk eh takdo pun poleh takdo apo2 pon eh. yg jahat tu bn sampai antar samseng2 pocahkan coghomen bas, keto, tumbok oghang pukol oghang mano demokrasi eh. itulah kenyatoannyo. den ghaso kito bolom layi demokarasi. banyak sifat dongki hasad.

Anonymous
18 January 2013 at 15:39

apo2 yang penting ramai lagi rakyat Malaysia yang rasional...Alhamdulillah...pembangkang suka main politik. apa2 politik , bukan membincangkan kepentingan rakyat. Ada ke dalam parlimen pun hentam pihak lawan , hentam UMNO. ahli parlimen perlulah membincangkan jalan penyelesaian secara parliamentary utk masalah rakyat. Main politik dekat pentas ceramah sudah lah!

Anonymous
21 January 2013 at 23:16

BLOG PENCACAI......AIII...SILAP ROUND LA PLAK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Anonymous
23 January 2013 at 01:14

ko layi tahap gaban meghoyan. ko kutok oghang ko keno kutok. ko tak dopet upah ko ameno tak kasi ke? oghang ameno pejuangan cumo nak dopet duit jo.

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team