PENDEKATAN JAHIL KETUA PEMUDA PAS PUSAT!

24 Jan 20130 comments

Cemuhan tidak bijak Ketua Pemuda Pas Pusat terhadap Lawatan Najib ke Kerajaan Hamas adalah jahil dan tidak mencerminkan ukhuwah fillah tatkala umat Islam menyambut dengan kesederhanaan Sambutan Maulidurrasul pada tahun ini apatah lagi dengan kata-kata yang kasar ditambah lagi lawatan Pemimpin Negara tersebut adalah untuk kebebasan PALESTIN dari kecaman Yahudi!

Apa yang Nasrudin Hassan perlu belajar ialah beliau perlu belajar bersikap tawaduk dan menghormati orang lain. Kadangkala insan yang kita cemuh itu mungkin lebih baik di sisi ALLAH. Sebagaimana tegahan Allah S.W.T di dalam ayatNya: 

[al hujurat Ayat : 11] 
larangan mengejek/Mencemuh/merendahkan orang lain

Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim.


Wahai PAS, ingatlah 


[al furqan Ayat : 52] 
LARANGAN MENTAATI ORANG KAFIR : (DAP -KAFIR HARBI) 

Oleh itu, janganlah engkau (wahai Muhammad) menurut kehendak orang kafir, dan berjuanglah dengan Al-Qur'an dengan perjuangan yang besar.

Petikan Akhbar: 

TEMERLOH - Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan tidak sepatutnya memperlekeh lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Gaza bagi memberi sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin membebaskan negara mereka daripada Israel.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Nasrudin sebenarnya iri hati kerana lawatan Perdana Menteri mendapat sambutan luar biasa rakyat Palestin dan pemimpin Hamas.
Beliau berkata Nasrudin sepatutnya mengetepikan kepentingan politik dengan memberi sokongan penuh kepada Perdana Menteri kerana lawatan itu menunjukkan rakyat negara ini sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin.
"Sikapnya itu amat tidak matang apabila mencampurkan soal politik dalam negara dengan perjuangan kemanusiaan bagi membebaskan bumi Palestin dan rakyatnya yang dizalimi Israel sejak puluhan tahun lalu," katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ketua-ketua Pemuda Umno Pahang dalam siri lawatan kerjanya bagi meninjau persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 di sini, hari ini.
Khairy berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Nasrudin dalam blognya yang mencemuh lawatan Perdana Menteri ke Gaza dengan perkataan kesat.
Dalam perkembangan lain, Khairy malahirkan rasa hairan dengan sikap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kekal dengan pendirian membenarkan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam.
Katanya, Anwar sepatutnya tidak menunjukkan sikap percanggahan dengan keputusan Majlis Syura Pas pada 13 Jan bahawa kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam Bible versi Bahasa Melayu.
"Kenyataan bercanggah antara Pas dan Anwar menyebabkan umat Islam terutamanya mereka yang tidak berparti merasa kecewa dan Pas sepatutnya perlu memikirkan semula kedudukan mereka dalam Pakatan Rakyat," katanya.
Dalam perkembangan lain, Khairy berkata, Pemuda Umno akan memberi tumpuan untuk menawan pengundi muda yang masih tidak mempunyai parti dan akan mengundi kali pertama pada pilihan raya umum akan datang bagi menyokong Barisan Nasional (BN).
Beliau berkata Pemuda Umno akan memberi fokus memikat 40 peratus pengundi muda atas pagar daripada keseluruhan pengundi muda semua kaum di seluruh negara.
Sehubungan itu, katanya, jentera pilihan raya pemuda BN perlu mendekati seramai mungkin pengundi muda dengan menggunakan rangkaian media sosial seperti Facebook dan Twitter.
"Selain menggunakan hujah berfakta, Pemuda BN perlu berkempen 24 jam menerusi akses media sosial terutamanya bagi mengesan mereka yang berada di luar kawasan serta melalui aktiviti sukan, masjid, ceramah, kebajikan dan sebagainya," katanya.
Khairy berkata sokongan golongan muda terhadap BN dan kepimpinan Najib semakin meningkat setiap hari.
"Walaupun kita berpuas hati terhadap respons yang ditunjukkan oleh pengundi muda, namun kita akan terus tingkatkan lagi sokongan golongan itu kepada BN," katanya.- Bernama
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team