TANGAN KOTOR DISEBALIK PEMECATAN USTAZ NASHA !

28 Jan 20133comments

Pemecatan Bekas Timbalan Presiden PAS , Nasharudin Mat Isa yang dipecat daripada Majlis Syura adalah pembuktian adanya tangan-tangan kotor yang tidak mahu "PENYATUAN UMMAH" berlaku di dalam alam Melayu khususnya untuk KESATUAN ISLAM di Malaysia. 

Apa yang menarik, tatkala Najib Tun Razak mewar-warkan bahawa Penyatuan Ummah di Palestin perlu berlaku untuk membolehkan keamanan tercapai di dalam Negara Berdaulat Palestin dan menyeru rakyat Malaysia ke arah Penyatuan UMMAH termasuklah perpaduan sesama rakyat Malaysia yang berbilang kaum, PAS pula memecat Ustaz Nasha yang diketahui mempunyai prinsip memperjuangkan penyatuan Ummah. 

Alasan yang diberikan mereka (Ustaz Nasha tidak pergi mesyuarat) adalah tidak hanya adalah untuk membenarkan dan menjustifikasikan Ustaz Nasha dipecat daripada Badan Penasihat Teragung PAS ini. Pemecatan Ustaz Nasha daripada Majlis Syura adalah tindakan yang tidak bijak PAS yang berpaksikan emosi walhal Prinsip Penyatuan Ummah yang dibawa Ustaz Nasha bukan sahaja memberikan keuntungan kepada parti Melayu PAS dan UMNO malah memberikan keuntungan kepada seluruh Rakyat Malaysia terutamanya orang-orang ISLAM. 


Cuba kita bayangkan bersama.... Majlis Syura PAS ini, tatkala Ustaz Taib Azamuddin terlantar sakit akibat serangan angin ahmar dan memerlukan masa untuk pulih, ditambah pula pemecatan Ustaz Nasha, tinggal Ustaz Harun DIn dan Ustaz Ismail Kamus sahaja yang boleh diharapkan di dalam PAS untuk hala tuju PAS menuju keredhaan Allah.....  Nik Aziz, apa telah kau buat? PAS semakin tenat dan tidak tentu hala! 

Yang suka adalah LIM GUAN ENG /LIM KIT SIANG/ KARPAL SINGH DAN ANUWAR IBRAHIM JAHANAM....


Prinsip Ustaz Nasharudin adalah berlandaskan: 

Surah Al Hujurat, Ayat 10

"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."


Share this article :

+ comments + 3 comments

Xpas
28 January 2013 at 11:15

tak perlu takut utk tinggalkan pas, krn pas bukanlah 'aljamaah' spt dlm hadis ibn abbas-muslim 1849.

2nd time voter
28 January 2013 at 18:44

Pas adalah pas pis pus shj

Anonymous
3 February 2013 at 17:51

Several extra times or months of overeating is not gonna
make changing your existence any simpler.
Here is my web-site ; http://www.getfitnstrong.com/bowflex-dumbbells/bowflex-selecttech-dumbbells-ultimate-home-exercising/

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team