KENALI: KEMATIAN 41 ORANG VERSUS 7 ORANG!

29 Jan 20130 comments

Bukan niat MHS untuk membanding-bandingkan mengenai fakta kematian. Cuma apa yang MHS ingin ketengahkan adalah Angka Korban Banjir di Indonesia kini naik 41 orang yang MHS rasakan cukup ramai untuk korban banjir seperti ini. Agensi Pengurusan Bencana Jakarta (BPBD) menyebut bahagian Jakarta Barat paling teruk terjejas dengan 22 penduduknya terkorban. Manakala kawasan lain direkodkan mencatat kematian kurang daripada 10 irang.

Kebanyakan mangsa yang terkorban disebabkan terkena renjatan elektrik. Berbeza dengan Malaysia. Ya, kita kecewa kerana ada juga kematian berlaku ketika bencana ini melanda negara kita. Namun kematian yang berlaku iaitu seramai 7 orang mangsa (6 di Terengganu, 1 di Negeri Sembilan) adalah kurang berbanding di Jakarta (41 KEMATIAN) ketika ini. Ini bukan sahaja menunjukkan kesiapsiagaan rakyat dan agensi-agensi Kerajaan dalam menghadapi bencana, malah ia menunjukkan Malaysia telah banyak peningkatan di dalam Pengurusan Risiko Ketika Bencana (Risk Management). 

Terima kasih kepada agensi-agensi Kerajaan baik dari pasukan penyelamat, sehinggalah dari pasukan sokongan dan bantuan-bantuan Badan Bukan Kerajaan (NGO) . Kesyukuran juga perlu dipanjatkan kepada Allah SWT yang banyak membantu rakyat dan negara ketika susah dan senang. Terima kasih kepada TNB kerana kepakaran mereka menyebabkan tiada kebocoran elektrik berlaku ketika bencana yang menjadi punca kematian di Indonesia apabila banjir melanda! 

Bersyukur kita berada di Negara Bertuah yang diCintai , Malaysia. Bersyukur juga kita berada di Negara yang mempunyai Kerajaan yang teratur dan kemas dalam pengurusan krisis dan pengurusan rakyat.... ! 

Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team