SINAR HARIAN CABAR ULAMA', CABAR HADI AWANG!

9 Jan 20134comments

Hadi Awe kato bulih guno kalimah ALLAH dengan syarat-syarat tertentu . Adakah kenyataan ini bersifat politik untuk memancing undi penganut Kristian dan UNTUK menunjukkan PAS lebih bertolak ansur berbanding UMNO?
SINAR HARIAN & MHS POHON PENCERAHAN 


SHAH ALAM - Bukan mudah sebenarnya untuk orang ramai terutama umat Islam memahami pendirian Pas sebagai anggota komponen Pakatan Rakyat (PR) dalam isu penggunaan kalimah ALLAH oleh penganut Kristian.


Meskipun Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam perkara satu kenyataan medianya kelmarin menyebut bahawa Pas konsisten dengan pendirian awalnya sebagaimana yang dinyatakan pada 4 Januari 2010 iaitu tidak menghalang penganut agama lain menggunakan kalimah itu, pendirian Pas yang bersetuju kalimah tersebut digunakan oleh orang Kristian dengan syarat tertentu, masih juga tidak berupaya untuk menghapuskan keraguan dalam kalangan orang Islam.



Ini merujuk pada perkara tiga kenyataan media itu yang menyebut kalimah ALLAH tidak wajar disalahgunakan oleh pihak lain terhadap masyarakat Islam sehingga menimbulkan kekeliruan. Manakala pada perkara dua pula, pemimpin Pas itu mengakui 'ALLAH' tidak boleh diterjemah ke dalam mana-mana bahasa secara tepat.



Sesungguhnya amat sukar apabila kebenaran sudah diberi (dengan mengandaikan PR sebagai pihak berkuasa), bagaimana caranya untuk memastikan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam tidak akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan umat Islam, khususnya dalam konteks masyarakat di negara ini.



Inilah antara perkara yang perlu diberikan penjelasan menyeluruh oleh pemimpin-pemimpin Pas, tambahan pula sebelum ini mereka sendiri memberikan pelbagai pendapat yang bukan sahaja berbeza malah bercanggah.



Paling tegas tidak bersetuju kalimah ALLAH digunakan oleh bukan Islam ialah timbalan mursyidul am parti itu, Datuk Dr Haron Din yang dalam kenyataan pada 4 Januari 2010 - hari yang sama Abdul Hadi menyatakan pendirian Pas tidak menghalang bukan Islam menggunakan kalimah itu - berkata, mana-mana penganut Islam yang menyokong keputusan mahkamah membenarkan bukan Islam mengguna pakai kalimah itu dalam akhbar Herald The Catholic Weekly boleh membawa kepada kekufuran.



Sebagai ulama yang diiktiraf kewibawaannya oleh pelbagai pihak di dalam dan luar negara, ketegasan Dr Haron dalam perkara itu sudah tentu tidak boleh dipandang ringan.



Bukan Dr Haron sahaja, dan bukan kenyataan pada 2010 itu sahaja, dalam masa beberapa minggu kebelakangan ini pun, beberapa pemimpin besar dalam Pas termasuk Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; Ketua Dewan Ulama, Datuk Dr Harun Taib; Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Pesuruhjaya Selangor, Dr Abdul Rani Osman mengatakan bahawa bukan Islam tidak wajar menggunakan kalimah ALLAH, yang dalam bahasa Inggerisnya, God dan apabila diterjemah, harus menjadi Tuhan, bukan ALLAH.



Tetapi malangnya, Pas atas nama kerjasama politik dengan DAP dan PKR sebaliknya membuat pendirian yang berbeza sebagaimana yang diumumkan presidennya semalam.



Sehubungan itu, Sinar Harian bukan dengan maksud mahu mengeruhkan keadaan, apa lagi melagakan mana-mana pihak atau mencetus provokasi, cuba untuk menghubungi mereka untuk mendapatkan pencerahan.



Ini termasuk Dr Haron sendiri sebagai tokoh utama Pas. Malangnya, dua kali nombor telefonnya didail, tidak berjawab.



Demikian juga usaha kami untuk menghubungi Ketua Dewan Pemuda, Nasrudin Hassan yang selama ini diketahui suka bercakap (mudah buat kenyataan media). Pun juga kedua-dua panggilan ke telefon bimbitnya - tengah hari dan petang semalam - tidak berjawab.



Namun usaha wartawan kami boleh dikira berbaloi apabila Tuan Ibrahim seperti kebiasaannya, sudi menjawab panggilan petang semalam. Beliau sememangnya sentiasa menampilkan sikap terpuji, tidak kira dalam apa jua keadaan.



Menjawab soalan kami, Tuan Ibrahim berkata, Pas tetap menentang keras penggunaan kalimah ALLAH  dalam situasi yang menggambarkan ALLAH sebagai makhluk atau mempunyai anak, namun tidak menghalang orang bukan Islam menggunakan kalimah itu dalam penghayatan keagamaan mereka.



Menurut beliau, dalam kenyataannya sebelum ini, apa yang dirujuk hanya dalam konteks untuk menterjemah perkataan 'God' dalam Bible versi bahasa Inggeris ke bahasa Melayu, yang lebih sesuai dan tepat diterjemah sebagai Tuhan, bukan ALLAH.



"Tetapi apabila orang bukan Islam mahu menggunakan kalimah ALLAH dalam upacara doa atau penghayatan keagamaan mereka di gereja, kami tiada hak untuk menghalang. Perkara ini sudah lama berlanjutan.



"Jika dihalang mereka menggunakan kalimah ALLAH, Pas juga mahu mencadangkan supaya Rukun Negara yang pertama, kepercayaan kepada Tuhan diganti dengan kepercayaan kepada ALLAH," katanya.



Tuan Ibrahim berkata, Pas tidak menghalang penggunaan kalimah ALLAH dalam konteks penghayatan keagamaan, bukan menukar perkataan 'Tuhan' menjadi ALLAH.



"Itu (tukar Tuhan kepada ALLAH), tidaklah wajar dilakukan. Penggunaan perkataan ALLAH dalam Bible boleh diterima namun perkataan ‘God’ (Tuhan) tidak boleh ditukar menjadi ALLAH. Ini boleh menimbulkan kekeliruan.



“Ia salah dari segi agama (Islam) dan umat Islam percaya bahawa ALLAH adalah Tuhan seluruh alam, tidak menyerupai mana-mana makhluk atau mempunyai zuriat,” katanya.



Menurutnya, kenyataan Abdul Hadi dalam isu kalimah ALLAH tidak bercanggah dengan Islam, malah kedua-dua perkara tersebut merupakan aspek yang berlainan.



Selain ulama Pas, Sinar Harian juga berusaha untuk mendapatkan kenyataan daripada tokoh-tokoh ulama lain termasuk Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria; Mufti Kedah, Datuk Sheikh Muhamad Baderudin Ahmad dan Pengerusi Pertubuhan Muttaqa Asatizah dan Pendakwah Malaysia (Murshid), Dr Zaharuddin Abdul Rahman.



Malangnya, usaha menghubungi mereka tidak berjaya.



Sama ada kenyataan Tuan Ibrahim boleh dianggap pencerahan atau sedikit sebanyak mampu merungkai kekeliruan, itu boleh dinilai sendiri oleh pembaca. Kami seboleh mungkin akan berusaha untuk mendapatkan pencerahan yang sebenar daripada Abdul Hadi sendiri.



Semoga Presiden Pas itu sudi bersemuka dan menjawab soalan kami, demi untuk anda, pembaca Sinar Harian dan semua orang Islam
Share this article :

+ comments + 4 comments

KESEDAR
9 January 2013 at 17:59

Alahai orang Islam. Termaktub di dalam Hadith: Innamal a'malu binniah! Sesungguhnya setiap amal itu adalah dengan niat. Dan niat serta matlamat tidak menghalalkan cara. Adakah PAS sudah kaji impaknya terhadap masyarakat Islam? PAS perlu ingat, Masy Islam di Malaysia ada diantaranya tidak mempunyai iman semantop PAS.Mereka mungkin keliru mana Firman Allah DI dalam Quran, mana Firman Allah yang direka di dalam Alkitab. Macam mana tuh?

Anonymous
9 January 2013 at 20:16

kenapa mesti gugurkan kepercayaan kepada tuhan?jawapan tak cerdik pemimpin pas.manusia mempunyai ugama dan tuhan.hanya muslim yang sujud kepada ALLAH yang maha esa.bagi kaum kafir yang menyekutukan ALLAH TIDAK LAYAK bagi mereka menggunakan kalimah ALLAH.kaum kafir menyembah bukan hanya satu tuhan tetapi ada tuhan bapa dan tuhan anak.nauzubillah.astaghfirullah.insahlah wahai muslim yang bergelar ulamak parti.

Anonymous
10 January 2013 at 05:49

Malaysia & Singapore & brunei ideal internet
blogshop for wholesale & supply korean accessories, accessories, earstuds,
choker, rings, hair, bangle & trinket accessories.
Deal 35 % wholesale rebate. Ship Worldwide
Also see my web site - cursos de unas

Anonymous
10 January 2013 at 07:44

di noghoghi Arab oghang kristian cakap tuhan juga sebagai allah. pado den ado bible bahaso melayu ditulis pado taun 1949 di tulis tuhan dgn Allah. lagu johor ado allah jadi orang bukan islam tak boleh nyanyi lagu johor. lagu selagor dan perak pun gitu. lagu kedah gitu juga. jadi macam mano tu?

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team