BH 1.1 JUTA PEMBACA,METRO 3.69 JUTA, UTUSAN 696,000 , HARAKAH 20,000 JER?

4 Sept 20120 comments

Kuala Lumpur: BH dan Harian Metro kekal sebagai akhbar pilihan pembaca bagi segmen bahasa Melayu bagi tempoh Julai tahun lalu hingga Jun tahun ini.

Mengikut kajian terbaru Indeks Media Nielsen, jumlah pembaca akhbar bahasa Melayu di negara ini terus meningkat daripada 35.1 peratus kepada 36.1 peratus, mencecah 5.74 juta pembaca. 


Akhbar BH yang berwajah baru mulai 1 Julai lalu, mengekalkan 6.9 peratus membabitkan 1.1 juta pembaca, menurut kajian itu. 

Harian Metro pula merekodkan 23.2 peratus mewakili 3.69 juta pembaca sekali gus kekal sebagai akhbar paling ramai pembaca di negara ini.

Jumlah pembaca akhbar Utusan Malaysia pula, mengikut kajian itu, kekal pada 696,000.

Satu lagi akhbar terbitan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), New Straits Times, mencatatkan 277,000 pembaca.

Kajian itu juga menyebut jumlah pembaca akhbar berbahasa Inggeris meningkat daripada 7.8 peratus kepada 9.5 peratus membabitkan 1.51 juta pembaca berbanding tempoh sama sebelumnya. 

Kajian itu dilakukan terhadap lima akhbar berbahasa Melayu dan dua berbahasa Inggeris utama negara.

* Bagaimana pula dengan HArakah? , dikhabarkan Tidak sampai 70 ribu naskhah  jualan dalam setahun.. itulah penyokong depa ...tapi buat-buat ramai penyokong ... 
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team