BOLA@MHS: MERUDUMNYA PASUKAN DISEBABKAN PR!

4 Sep 20120 comments

Liga Perdana 2013

Liga FAM 2013
Bola@MHS hanya akan menceritakan hal berkaitan pasukan Hijau Kuning kerana MHS lebih mendalami pasukan ini sejak sekian lama. Pasti ada yang menaikkan bukti bahawa Selangor dan Kelantan masih kuat walaupun dibawah pemerintahan pembangkang. Tetapi ketahuilah kekuatan Kelantan terletak pada urusan pasukan yang tidak dicampuri kerajaan negeri dan ianya dipelopori oleh Tan Sri Anuar Musa yang merupakan orang UMNO yang bijak mengurus. Di Selangor sememangnya mempunyai pengurusan yang baik dari dahulu dan mempunyai sejarah konsisten dalam liga Malaysia.

Bagi Kedah pula, MHS melihat pasukan ini amat baik perkembangannya sejak beberapa tahun ini sehingga mengangkat mereka selaku juara double treble (rekod terbaik kejuaraan semusim bagi sesebuah pasukan di Malaysia). Malangnya panas yang dijangka kekal hingga ke petang rupanya hujan ditengahari apabila kerajaan negeri berubah kepada PAS yang ratanya berminat politik melebihi segalanya.

Malang menimpa Kedah bertalu-talu, sesudah tidak lagi memenangi kejuaraan, kini diturunkan liga yang rata-ratanya pasukan kelab mendominasi penyertaannya. Bagi 2013 Kedah akan bertanding dalam Liga Malaysia sebaris dengan USM FC, Sime Darby FC, dan beberapa kelab lain.

Kegemilangan Double Treble
Kini warga Kedah ramainya dukacita dengan kejatuhan pasukan Kedah,. Semuanya kerana kegagalan pengurusan yang dikepalai oleh Ustaz Bola Azizan yang dilihat tidak memainkan peranan yang baik untuk menguruskan pasukan.

Bermula dengan pengguguran ramai ketua jurulatih yang silih berganti, penghijrahan pemain ke pasukan lain dan kekurangan sokongan penonton membuatkan bolasepak Kedah semakin lesu. Antara punca yang MHS dapat lihat bernanh dalam pasukan adalah:

1. Terdapat pengaruh politik dalam pasukan
    
MHS melihat pasukan Kedah umpama pasukan politik PAS kerana beberapa pemainnya dibawa ke     program-program anjuran PAS Kedah untuk tujuan menarik perhatian penonton. Seperti kita ketahui, PAS memang gemar untuk memperguna idola rakyat untuk menarik perhatian penyokong hadir ke program mereka. Di Kedah, idola rata-rata penduduknya ialah pemain bolasepak negeri, makanya ini digunakan PAS untuk kepentingan parti melebihi kepentingan negeri Kedah yang dicintai. 

MHS berani mengatakan sekiranya PR memenangi Malaysia pasti lebih ramai pemain negara akan dibawa ke program-program politik PR untuk kepentingan politik mereka.

Hal ini bukanlah salah kerana setiap pemain sememangnya berhak untuk memilih sokongan mereka tetapi sedarlah bahawa dengan menonjolkan diri pemain menyokong sesuatu parti secara terus membuatkan ramai rakyat dan rakan sepelatih yang berkemungkinan tidak sehaluan mengalami rasa ralat terhadap pemain tersebut.

2. Kejurulatihan Politik

MHS melihat saudara Radhi Mat Din begitu kebal sebagai penolong jurulatih Kedah sekian lama walaupun pencapaian kedah makin merudum dan ketua jurulatih bersilih ganti. Apabila Kedah tewas, pasti orang yang dipertanggungjawabkan dan dipecat ialah jurulatih sedangkan pembantu-pembantu tidak dikenakan tindakan walhal MHS melihat mereka inilah terutama Radhi Mat Din yang banyak membuat keputusan untuk pasukan Kedah.

Sebagai penyokong kuat PAS, beliau menggunakan tiket itu untuk selamatkan diri dan jawatannya. Yang menghairankan MHS, beliau sudah layak untuk memohon lesen A sebagai jurulatih tetapi masih tidak mengambilnya kerana beliau seorang yang bijak dalam memainkan politik bolasepak.

Radhi dua dari kiri
Radhi dalam program PAS
Sebagai orang lama dalam pasukan, beliau pandai untuk mengelak apabila wujud isu untuk menggugurkan jurulatih disebabkan gagal menguatkan pasukan Kedah.

3. Pemain Berpolitik

Beberapa pemain Kedah dilihat pro kepada kerajaan negeri dan rapat dengan pelopor PAS dalam pasukan yakni Radhi Mat Din sentiasa dikekalkan dalam pasukan walaupun prestasi tidaklah seberapa. Lihatlah kepada Fazliata Taib, beliau masih kekal diposisi tersebut walaupun sering menunjukkan prestasi yang suam-suam kuku sahaja.

Fazliata dua dari kanan
Untuk makluman, beliau ini juga antara pemain Kedah yang bersama-sama PAS dalam himpunan Hijau di Stadium Darulaman baru-baru ini. Sikap sebeginilah menunjukkan pasukan Kedah dicaca marba kan oleh politikus dan proses memilih bulu berlaku dalam pasukan.

Jika beginlah wujudnya pasukan Kedah, maka tidak mustahil berlaku rasa sangsi dan tidak "best" antara pemain untuk serasi bersama. Lihatlah dulu ketika zaman kekuatan Kedah, mahupun zaman double treble, pasukan atau pemain tidak dibawa ke program UMNO ataupun BN..Ianya dibawa selaku sebuah p-asukan kebanggaan negeri jelapang padi ini. Program dibuat khas untuk pemain bukan diatas pentas politik seperti yang berlaku kini.

4. Pengurus Dicucuk Hidung Politikus PAS

Dahulunya sibuk rakyat Kedah mendesak Dato' Othman Aziz meletak jawatan walaupun beliau antara watak yang berjaya dalam membawakan gelaran double treble buat pasukan. Digantikan dengan pengurus yang bongkak lagi taksub yakni Khazali Din yang dilihat mudah dicucuk hidungnya oleh politikus kerajaan negeri. Dato' Othman Aziz didesak meletak jawatan berkemungkinan atas desakan politik kerana manakan boleh seorang pemimpin UMNO negeri memegang jawatan dalam pasukan yang dikuasai oleh pimpinan kerajaan negeri di bawah PAS. Nah!! hasilnya dilantik pengurus yang sehingga kini kebal untuk dilucutkan jawatannya kerana sealiran arah tuju dengan pimpinan Ustaz Bola Azizan.

5. Pemilihan Ketua Jurulatih Politikus

Di Kedah, ketua jurulatih hanya ibarat patung boneka yang hanya wujud sebagai jurulatih tanpa kuasa kerana rata-ratanya dilantik untuk mengaburi mata penyokong. Lihatlah siapa yang kerap memberi arahan dipadang jika tidak Radhi dan barisan penolong jurulatih. 

Disebab itulah jurulatih sentiasa ditukar-tukar akhirnya jurulatih dari Crotia menjadi pilihan. Mudah untuk mereka membonekan jurulatih asing yang dibayar gaji oleh persatuan. Jurulatih melayu mungkin banyak songehnya maka jurulatih luar yang tidak mengenali keadaan politik negeri dan politik persatuan dilantik dengan keadaan tergesa-gesa.

MHS percaya nasib jurulatih ini juga tidak akan terjamin baik di Kedah. Ia bolehlah dianggap sebagai kambing hitam menutup kesalahan pengurusan pimpinan persatuan yang diterajui Ustaz Bola Azizan.

6. Politikus PAS Kejar Jawatan Persatuan

Lihatlah Dr Hamdan Exco Sukan Kedah yang memegang dua jawatan dalam Persatuan Bolasepak Kedah  (KFA) yakni S/U Kehormat dan Bendahari Kehormat. Jawatan ini bukan kecil-kecil anak dan ini menunjukkan politikus PAS hanya pandai mencari peluang untuk berada dalam persatuan untuk menguasai sukan yang diminati rakyat Kedah sekaligus ingin mengapai hasrat sokongan bolasepak dialihkan kepada sokongan kepada parti.

7. Pembaziran Yang Bodoh

Pemilihan pemain import yang dilakukan dan dipersetujui oleh orang bodoh membolehkan pasukan mengalami kerugian atas sebab perlunya untuk membayar wang pampasan dan mencari pemain baru. Pada awalnya kerajaan negeri dan persatuan mengomongkan untuk berjimat bagi pasukan ini tetapi dengan tindakan bodoh mereka, kerugian semakin dialami kejayaan entah kemana.

                                                                                                                                                                       

Disebabkan beberapa isu inilah yang MHS lihat bekas jurulatih Kedah Azrai Khor tidak kembali ke pangkuan Kedah dan menabur bakti di bumi Negeri Sembilan. MHS pernah berbual dengan beliau dan beliau ada mengatakan beliau ingin kembali tetapi pengurusan pasukan perlulah berubah dan bersungguh untuk memajukan pasukan.

Natijahnya PAS sibuk dengan kempen ubah ubah dan ubah sedangkan mereka sendiri tidak berani mengubah pengurusan pasukan Kedah untuk lebih berjaya.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team