NGEH DIHENTAM PERWAKILAN PARTI! YE KE? DAP NAK JILAT LUDAH BALIK KE?

23 Sep 20120 comments


MHS tidak percaya bahawa perwakilan Chauvisme DAP menghentam NGEH Ko Ham. Apa yang Ngeh luahkan berhubung pandangan negatifnya terhadap Masyarakat ISLAM bukan sahaja Ikhlas terkeluar dari lubuk hatinya malah ia adalah IKHLAS dikeluarkan oleh PARTI Berkenaan. 

Sebelum itu, Laporan Akhbar hari ini melaporkan Ngeh dihentam beberapa Perwakilan DAP dalam Konvensyen DAP Perak yang dianggap merugikan parti! Lihat, DAP kalau dapat, dia nak kutuk ISLAM dan Pijak Islam dalam senyap. Ngeh ni dah terlepas cakap. 

"TIDAK AKAN REDHA YAHUDI DAN NASRANI SEHINGGA KITA MENGIKUT JEJAK LANGKAH MEREKA!"


Konvensyen parti di Perak jadi medan perdebatan masalah dalaman

Kuala Lumpur: Konvensyen DAP Perak Ke-17 di sini semalam menjadi medan kepada ahli parti mengkritik Pengerusinya, Datuk Ngeh Koo Ham, termasuk perbuatannya mempersoalkan tindakan umat Islam membantah filem menghina Nabi Muhammad SAW, Innocence of Muslims.

Persidangan disertai 330 perwakilan dari seluruh negeri yang sepatutnya membincangkan persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 juga bertukar menjadi perdebatan masalah dalaman parti. 


Dikritik ahli parti 


Seorang perwakilan dari Taman Sejati Sitiawan, membidas Ngeh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sitiawan kerana kenyataannya membangkitkan isu agama Islam menerusi laman Twitter, menjejaskan usaha parti untuk menarik bukan Cina menyertai DAP.

Terdahulu, Ngeh yang juga Ahli Parlimen Beruas dikritik oleh Pengerusi Cawangan Lumut, Kong Ying Hwa kerana didakwa menggunakan akhbar Cina untuk mengkritik ahli parti.

Pengerusi Cawangan Desa Manjung, Solaiman O P Syed Ibrahim pula berkata, tidak pernah dalam sejarah parti di negeri itu pengerusi menggunakan media untuk mengkritik ahli sendiri seperti yang berlaku sekarang.

Cawangan Desa Manjung, Lumut dan Kampung Acheh Baru adalah tiga cawangan DAP di daerah Manjung yang dirujuk oleh Ngeh kepada jawatankuasa disiplin parti kerana menganjurkan majlis makan malam mengumpul dana tanpa kebenaran. 


Usah pecah-belah ahli

Solaiman berkata, kepemimpinan parti tidak sepatutnya memecah-belahkan perpaduan parti hanya kerana menganjurkan majlis makan malam untuk mengumpul dana.

Pengerusi Cawangan Kampung Cina, Jason Lim pula mempersoalkan kelewatan kepimpinan parti meluluskan penubuhan cawangan baru dan mendakwa ada pihak sengaja berbuat demikian di kawasan yang dianggap bukan ‘kem' mereka.

“Ini semua tidak adil menjelang pilihan raya umum," katanya.

Pengerusi Cawangan Chenderiang, Richard Leong, turut membangkitkan isu sama dengan menyatakan beliau sudah bekerja keras membuka cawangan di Tapah tetapi sehingga sekarang tiada surat kelulusan daripada jawatankuasa negeri.

“Kepemimpinan parti meminta ahli melawan musuh di luar tetapi mereka sendiri yang menyerang ahli sendiri," katanya.

Perbahasan panas

Perbahasan yang semakin panas itu memaksa Pengerusi Konvensyen, Ng Wei Aik, menenangkan keadaan dengan meminta mereka berbahas isu nasional dan negeri, manakala semua isu dalaman dibincangkan mengikut saluran lain.

Bagaimanapun, perbahasan isu dalaman yang dianggap memalukan kepemimpinan DAP negeri berterusan sehingga persidangan berakhir jam 3 petang.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team