Apa Tindakan yang ANDA mahukan untuk menghukum mereka yang berbogel di khalayak ramai? ?!

6 Sept 20120 comments

Bagi MHS, tindakan remaja yang memalukan diri sendiri, keluarga, bangsa Melayu dan Agama ISLAM dengan menayang BONTOTnya di khalayak ramai dan ditunjukkan pada gambar DS Najib perlu diberikan tindakan setimpal.

 MHS berpendapat budak 19 tahun tu perlu dihukum BERJALAN TAYANG BONTOT selama 1 hari di dataran merdeka agar semua orang insaf dan takut untuk melakukan perkara yang sama seperti itu...contohnya macam warga afrika di bawah ni yang dihukum berbogel di khalayak ramai ...malu siot.. 



Petikan Akhbar 06/09/2012 - 18:02:08 PM 

BATU PAHAT: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mahu tindakan tegas dikenakan terhadap mereka yang terbabit dalam perbuatan memijak gambar pemimpin dan mengibar bendera baru. 


"Kes ini dianggap kes kepentingan awam dan polis menyiasat dan kalau tidak boleh didakwa kita nak tahu apa sebab," katanya selepas menghadiri Majlis Minggu Haluan Siswa Universiti Tun Hussein Malaysia, di sini, hari ini.


Katanya, tindakan tegas itu bukan demi kepentingan politik tetapi disebabkan masyarakat marah, jijik dan mual dengan perbuatan berkenaan. 


"Saya tidak mahu dituduh mencampuri dalam hal polis, kementerian menekankan dasar dan pendekatan secara menyeluruh dan selepas itu menyerahkan kepada polis, Peguam Negara dan mahkamah menjalankan tugas masing-masing," katanya. 

Hishammuddin berkata, bantahan ramai pihak terhadap insiden berkenaan menunjukkan majoriti rakyat Malaysia tidak menerima budaya negatif yang dilakukan individu terbabit. 

"Perbuatan itu bercanggah dengan budaya kita dibesarkan. Kalau kita tidak membuat pendirian dan majoriti tidak bersuara, ia akan menular di mana apa saja kelebihan serta keunikan di negara akan terhakis sedikit demi sedikit," katanya. - BERNAMA
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team