Memalukan! Lelaki LGBT raba TOM Parker di Konsertnya di Subang Jaya

21 Sep 20120 comments


Teks oleh Syafiqah Jalal
Foto oleh Mazlan Yunos Photography
KUALA LUMPUR, 19 SEPT 2012: Sesi berjumpa dan bermesra (meet and greet session) bersama peminat yang diadakan di Hotel Sunway Spa & Resort, Subang Jaya, malam kelmarin telah meninggalkan satu kenangan yang tidak dapat dilupakan buat ahli kumpulan The Wanted, Tom Parker apabila kemaluannya telah diraba seorang peminat lelaki di dalam acara tersebut.

Tom Parker yang terkejut dengan insiden yang pertama kali dialaminya itu turut menganggap baawa ia adalah satu pengalaman aneh buat dirinya sepanjang bergelar penyanyi rakaman.
"Ketika sedang sibuk melayan peminat yang mahu bergambar dan meminta untuk sain autograf, tiba-tiba datang seorang lelaki dan dia terus menerkam alat sulit saya dengan tangannya.
"Saya menjerit dan tak dapat mengenal pasti rupa lelaki itu kerana cuba menahan rasa senak. Lelaki tersebut pula terus melarikan diri," katanya kepada murai.com.my dalam temu bual bersama media di Hotel Sunway Spa & Resort, petang semalam.
Sungguh pun begitu, Tom Parker memberitahu selepas insiden itu dia telah cuba untuk mengejar lelaki tersebut, namun gagal.
"Saya juga terkejut dengan apa yang saya lihat ketika itu. Kemudian saya terus cuba mengejar lelaki tersebut namun gagal. Saya tak pasti apa tujuan dan mengapa dia berbuat demikian tetapi saya anggap ianya salah satu kerenah peminat yang perlu saya terima,"katanya yang mewakili kumpulan yang terkenal dengan lagu Glad You Came.
Selain Tom Parker, The Wanted yang terdiri daripada 4 ahli lain iaitu Nathan Sykes, Siva Kaneswaran, Jay McGuiness dan Max George itu telah mengadakan sesi bertemu peminat tersebut sebelum konsert The Wanted Live In KL berlangsung di Sunway Surf Beach Resort, malam Isnin lalu.
Bercerita mengenai keseluruhan konsert mereka itu, Jay memberithu mereka sangat berpuas hati kerana telah disambut baik oleh peminat disini.
"Sunguh tak menyangka kami diterima baik oleh peminat disinu dan semua penonton yang hadir sangat seronok dengan persembahan kami. Konsert ini adalah sebahagian penghargaan kami kepada yang setia menyoking dan menantikan kedatangan kami selama ini. Terus-terang kami sangat seronok melayan semua penonton yang hadir malam tadi," katanya.
Kumpulan yang dianggotai lima jejaka kacak ini pernah ke Malaysia dalam sebuah showacase khas di Laundry Bar, The Curve Damansara pada Februari tahun lalu. Popular dengan single Chasing The Sun, mereka telah pun berjaya mengeluarkan tiga album iaitu The Wanted, Battleground dan The Wanted ( USA Debut).
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team