Karangan Cita-cita Murni Saya untuk menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA

3 Sep 20121comments

ARAHAN: Karangan hendaklah tidak melebihi 100 patah perkataan. 

*Sempena peperiksaan UPSR tidak lama lagi, MHS ingin meletakkan karangan yang bertajuk Cita-cita Saya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia. 

       Aku budak kampung. Aku dilahirkan di dalam keluarga biasa-biasa sahaja. Ia lah mana tidaknya, aku dilahirkan di Kampung Ceruk Tok Kun , Bukit Mertajam Pulau Pinang. Bapaku Ibrahim bekas ahli Parlimen dan Setiausaha Parlimen . Manakala ibuku adalah Che Yan , ahli pidato pergerakan Wanita UMNO.Semasa kecil, aku selalu mengikuti ibu. Bapa seperti biasa, sentiasa sibuk dengan kerjanya. Namun ada desas-desus yang mengatakan aku hanyalah anak pungut pasangan ini. Namun, aku tidak kisah asalkan aku cukup makan. 

      Semua orang ada cita-cita. Begitu juga diriku. Cita-cita merupakan impian setiap manusia.Bagiku, siapa yang tidak punyai cita-cita diibaratkan seperti kapal tiada nakhoda. Tiada matlamat hidup. Bagiku, aku ingin menjadi PERDANA MENTERI Malaysia. Mungkin disebabkan kedua-dua penjaga aku merupakan tokoh politik, di situlah aku disemai dengan ilmu-ilmu politik. Berpidato, tidak mempunyai masalah. Ibuku sangat pandai berpidato. Seperti aku nyatakan tadi, aku selalu mengikuti ibuku, ke mana lagi? berpidato lah...! 

      Aku tidak kisah apa orang nak kata kepadaku. Aku kan tetap menjadi Perdana Menteri Malaysia. Aku akan pastikan bahawa diriku akan disanjung apabila menjadi perdana Menteri. Tetapi aku perlu bermula dari bawah. Aku perlu menjadi lain dari yang lain. Aku perlu tampak seperti Role Model kepada  masyarakat. Aku tidak boleh melakukan kesilapan. kesilapan yang bodoh memberi padah yang berganda. Itulah yang diperkatakan ibuku terhadapku. 

     Menjadi seorang Perdana Menteri dapat memimpin masyarakat. Tetapi gaya kepimpinan apakah yang perlu aku pakai? Siapakah yang akan mengikuti aku? Ohh. kalau begitu, aku perlu bermula dari bawah lagi. Dari sekolah, dari Universiti dan dari persatuan-persatuan. Aku perlukan sesuatu untuk menjadi menonjol. Ya , aku perlukan isu kontroversi. Jalan mudah, dengan bergiat aktif dalam pimpinan pelajar. Aku akan berdemonstrasi. Sepertimana negara mula-mula mahukan merdeka dahulu. Aku akan bawa kawan-kawan sekuliahku berdemonstrasi. Aku akan serang dasar-dasar kerajaan yang boleh menguntungkan aku. Dengan itu, aku akan kelihatan menonjol untuk ditonjolkan dalam arena politik. 

Gambar hiasan
      Aku akan terus terapkan agenda-agenda yang baru, yang dipolori oleh masyarakat barat agar aku terus didokong mengikut zaman dan masa.Aku tahu , barat bijak menggunakan falsafah dan trend. Barulah aku akan terselamat di dalam dunia politik yang sentiasa berubah. Aku akan cuba mengikut tradisi sesumpah. Agar diriku tidak dibaham oleh lain-lain pemangsa. Disebabkan itu, aku akan terus menjadi pemimpin walaupun masa berubah dan aku akan tetap disanjung oleh puak-puak yang menyokong aku.  Walaupun nanti aku tidak menjadi Perdana Menteri, tetapi, aku akan anggap, aku lah salah seorang Perdana Menteri Malaysia. Isu sensasi adalah permainan aku. Kalau orang jentik aku, aku akan pastikan aku melalak kuat-kuat agar orang dari kejauhan dapat melihatku dan memandangku seterusnya mengenali namaku yang bermaksud "CAHAYA". Itulah namaku..Anwar Tongga. Aku tidak kisah berkawan dengan sesiapa, asalkan tercapai maksud dan impianku termasuk IBLIS Laknatullah... 
Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
15 May 2014 19:59

Hello, I enjoy reading all of your article. I wanted to write a little comment to support you.


Feel free to visit my blog post Clash Of Clans Hack

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team