MEREKA PELIK! MEREKA TAKNAK MARTABATKAN BAHASA MELAYU, TAPI NAK GUNA BAHASA MELAYU DALAM .....!

16 Jan 20130 comments


MHS memandang mereka-mereka yang mahu menterjemah kalimah ALLAH dan Bible dalam bahasa Melayu ini sebagai pelik lagi menjengkelkan.

Mereka sekeras-kerasnya menentang penggunaan Bahasa Melayu , malah mereka mengapi-apikan ibu bapa kaum tertentu daripada masuk Sek. Kebangsaan dan mahu mengekalkan vernakular dan memasukkan matapelajaran sejarah negara lain dalam sistem persekolahan Malaysia. Tetapi, tiba-tiba kini, atas nama hak asasi Manusia, mereka ingin pula menggunakan Bahasa Melayu di dalam kitab mereka. Apa tujuan mereka sebenarnya?! 

Petikan Berita Pengharaman Kitab Bible Bahasa Melayu oleh NGO Islam di Malaysia 

KUALA TERENGGANU – Gerakan Kebangkitan Rakyat (Gertak) mendesak kerajaan mengharamkan penyebaran kitab Bible versi bahasa Melayu di Terengganu.

Desakan itu terkandung dalam satu memorandum yang dihantar kepada Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said di Wisma Darul Iman di sini, semalam.
  
Selain itu, termasuk dalam tuntutan Gertak ialah memohon Kerajaan Negeri mendapatkan perkenan Sultan Terengganu untuk mewartakan bukan sahaja kalimah ALLAH tetapi juga masjid, surau, ulama, ustazah dan ustaz dalam Enakmen Perundangan Islam negeri sebagai hak eksklusif orang Islam.
  
Setiausahanya, Azmi Ali berkata, pihaknya mencapai keputusan untuk mengemukakan memorandum dengan tiga tuntutan itu kepada Menteri Besar bersama 120 NGO lain dalam satu mesyuarat yang berlangsung kelmarin.
  
"Oleh kerana tujuan kami jelas iaitu untuk memelihara kepentingan agama dan umat Islam, khususnya di negeri ini, kami tidak merasakan bahawa tindakan kami ini terlambat walaupun isu kalimah ALLAH sudah semakin reda, apa lagi dengan tindakan Majlis Syura Ulama Pas yang juga tidak membenarkan kalimah ALLAH diguna dalam kita Bible berbahasa Melayu," katanya.
  
Azmi berkata, apa yang paling diutamakan oleh pihaknya ialah supaya tindakan itu akan melindungi akidah dan kedudukan Islam pada masa depan yang melibatkan generasi muda.
   
"Bukan mustahil isu seperti ini akan berbangkit semula, jadi kita perlu bersiap sedia dengan perlindungan undang-undang yang mantap," katanya.
  
Mengenai desakan supaya kerajaan mengharamkan Bible versi bahasa Melayu, Azmi berkata, tindakan perlu meliputi segala aspek penerbitan seperti percetakan dan juga pengedaran.
Dalam pada itu, Gertak juga menuntut Kerajaan Pusat tidak melayan sebarang rayuan berhubung larangan penggunaan kalimah ALLAH oleh bukan Islam. 

Azmi menjelaskan, sekiranya semua perkara tersebut dilulus dan diwartakan, ia boleh menjadi panduan sekiranya isu sama ditimbulkan pada masa akan datang.

“Apabila diwartakan, senang untuk dijadikan rujukan,” katanya. -Sinar- 



Dong Zhong menolak Sistem Persekolahan Kebangsaan dan mahu sejarah negara Cina diajar serta disokong pihak pembangkang! 

Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team