HOT! BUKTI DAP NEGERI SEMBILAN TIDAK PERCAYA PAS, PKR!

29 Jan 20130 comments

Pernah di 'approach' DAP 
Kenyataan Tunku Abdul Aziz (Bekas Naib Pengerusi DAP) 2 hari lalu di Seremban yang mendedahkan bahawa Anthony Loke (DAP Negeri Sembilan) pernah meminta Tunku Aziz untuk memujuk Tunku Zain (anakanda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan untuk bersama-sama DAP dan ditawarkan jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan sekiranya pakatan berjaya tawan Negeri Sembilan  membuktikan bahawa Tidak Sekali-kali DAP untuk mempercayai 'rakan seperjuangan' mereka iaitu PAS dan PKR. 

DAP yang sedang mempersiap siagakan jentera mereka untuk menawan Negeri Sembilan tidak mahu sewenang-wenangnya memberikan jawatan Menteri Besar kepada PAS dan PKR. Walaupun DAP kerap mewar-warkan bahawa MB Negeri Sembilan akan dilantik dari kalangan orang Melayu, namun tidak pernah SEKALI pun DAP menyatakan akan melantik orang Melayu dari PAS atau PKR untuk menjadi MB di dalam ceramah-ceramah mereka yang pernah MHS hadiri. 

Sinar Harian hari ini melaporkan bahwa Tunku Zain mengesahkan kenyataan Tunku Aziz yang menyebut  perbincangan berlaku di antara Tunku Zain dan DAP adalah hampir tepat. "Memandangkan ia adalah perbincangan tidak rasmi, jadi tiada minit perbincangan dicatat", kata Tunku Zain. 

Sikap prasangka DAP terhadap orang-orang Islam di dalam PAS dan PKR membuktikan perkara ini: 


"TIDAK AKAN SEKALI-KALI ORANG-ORANG YAHUDI DAN NASRANI REDHA DENGAN KAMU SEHINGGALAH KAMU MENGIKUTI JEJAK MEREKA (CARA HIDUP MEREKA) "

Penyokong-penyokong PAS wajib mengimani perkara ini bahawa tidak akan sekali-kali orang-orang DAP macam Anthony Loke redha akan perjuangan menegakkan agama ISLAM! Apatah lagi dibuktikan dengan penolakan calon MB dari PAS dan PKR ini! 


Share this article :

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team