KENALI DOA LAKNAT TERHADAP SESAMA MANUSIA!

5 Jan 20131comments

MHS telah beberapa kali nak post perkara ini namun kerap tertangguh. Perkara ini MHS dengar dari seorang Imam Sheikh dari Arab yang petah berkata-kata dalam bahasa Melayu dengan bernas ilmu agama yang tinggi. 

MHS berjumpa dengan beliau semasa khutbah solat jumaat kira-kira 2 minggu yang lalu di sebuah masjid di Negeri Sembilan. MHS sangat tertarik dengan kisah yang beliau sampaikan. Khutbah beliau yang tidak membaca teks dengan kelancaran yang menakjubkan membuatkan mata para jemaah tidak lari dari melihat mimbar. Kagum beserta insaf  menusuk masuk ke dalam diri ini... 
Beliau menceritakan sebuah kisah Nabi Muhammad SAW juga pernah ditegur ALLAH SWT semasa perang Uhud mengenai doa baginda terhadap orang KUFFAR Quraisy waktu itu sehingga turunnya ayat Surah Al Imran ayat 128. Ironinya Nabi Muhammad tidak pula menyembunyikan teguran Allah itu dengan menyembunyikan wahyu ALLAH ini malah Nabi insaf dan menyebarkannya sehingga kita terbaca ayat ini di sini..

Kisah bermula: 

Pada peristiwa perang Uhud Nabi Muhammad mengalami luka-luka yang cukup parah,Baginda  berkata “Akankah selamat suatu kaum jika melakukan hal seperti ini pada nabinya?!” Lalu Allah menegur beliau: “Tidak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka.” (QS Ali Imran [03]: 128)


A128
Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), sama ada dia menerima taubat mereka ataupun Ia menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.



Diriwayatkan: 

Imam Bukhari meriwayatkan daripada Humaid bin Tsabit daripada Anas bin Malik ra, beliau berkata,
“Rasulullah saw terluka di kepalanya semasa Perang Uhud, maka baginda bersabda: ‘Bagaimana akan beruntung kepada kaum yang melukai nabi mereka?’ Maka turunlah ayat “Tak ada sedikitpun campur tanganmu dalam urusan mereka”.
Dalam satu riwayat lain pula, Imam Ahmad meriwayatkan daripada Anas bin Malik ra bahawa Rasulullah saw pernah patah gigi dan luka berdarah pada wajahnya semasa Perang Uhud, maka baginda bersabda,
“Bagaimana akan beruntung kaum yang berbuat seperti ini kepada Nabi mereka, sedangkan ia(Nabi) mengajak mereka kepada Rabb mereka”
Maka Allah swt menurunkan ayat 128 dalam surah ali-Imran bagi menegur Rasulullah saw,

A128
Engkau tidak berhak sedikitpun (wahai Muhammad) dalam urusan (orang-orang yang ingkar) itu, (kerana urusan mereka tertentu bagi Allah), sama ada dia menerima taubat mereka ataupun Ia menyeksa mereka; kerana sesungguhnya mereka itu orang-orang yang zalim.

KESIMPULAN

1. Kita tidak boleh mendoakan sewenang-wenangnya laknat beserta hukuman kepada musuh kita walaupun musuh kita adalah seorang kuffar apatah lagi meminta hukuman berat dan azab dari Allah S.W.T terhadap sesama Muslim yang beriman kepada ALLAH. 

2. Sebaik-baiknya kita mendoakan orang yang kita anggap musuh itu mendapat hidayah ALLAH. 
3. MHS doakan supaya musuh2 Islam di dalam Malaysia ini menerima Hidayah ALLAH .Amin ya rabbal alamin,.... 

Share this article :

+ comments + 1 comments

Anonymous
5 January 2013 at 22:40

den ghaso inilah sebaiknyo. semugo mhs sentiasa diboghi hidayat juga kito semua umat islam amin yarabbal alamin.

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team