KAJIAN WAZE: 97% PEMANDU AKAN LEBIH BERHATI-HATI JIKA BAWA KANAK-KANAK. #nsdk

23 Jun 20150 comments

Kuala Lumpur: Kajian aplikasi navigasi, Waze mendapati 97 peratus ibu bapa di Malaysia mendakwa memandu lebih selamat sekiranya terdapat kanak-kanak dalam kenderaan.
Hasil kajian terbabit membuka mata syarikat telekomunikasi terkemuka, Maxis Berhad (Maxis) untuk bekerjasama dengan Waze untuk memperkenalkan projek 'Safe Mode Kids' yang menampilkan suara kanak-kanak bagi audio aplikasi terbabit.
 
Ketua Perkhidmatan Pemasaran Maxis, Sulin Lau berkata, suara kanak-kanak bagi aplikasi Waze diharap mampu mengurangkan kemalanhan terutama ketika musim perayaan.
 
"Apabila terdapat suara kanak-kanak, pemandu akan berasa lebih berhati-hati," katanya. Ciri Safe Mode Kids boleh didapati dalam pek aplikasi Waze dengan menukar tetapan pada arahan suara. HMETRO -
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team