TLDM MULA OPERASI CARI DAN KEJAR LANUN MTORKIM ! 22 ANAK KAPAL DISELAMATKAN!

18 Jun 20150 comments

KUALA LUMPUR 19 Jun - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melakukan operasi mencari perampas kapal Orkim Harmony yang berjaya melarikan diri malam tadi selepas kapal itu dikesan di perairan Kemboja.                 
 
Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, TLDM mengarahkan tiga kapal dan dua helikopter yang turut disertai KD Jebat dan Super Lynx untuk mengesan lapan perampas yang melarikan diri menggunakan bot penyelamat Orkim Harmony.“(Pesawat) P3 Orion, C130 dan Beechcraft digerakkan pagi ini bagi mencari perampas yang melarikan diri,” katanya yang dipetik melalui Twitter miliknya hari ini.
 
Sementara itu, kesemua 22 anak kapal tangki MT Orkim Harmony berjaya dibebaskan kira-kira pukul 2.30 pagi ini selepas rundingan TLDM dengan perampas kapal berkenaan.“Bagaimanapun, seorang daripada anak kapal berkenaan iaitu tukang masak mengalami cedera ringan akibat terkena tembakan pada peha pada malam 11 Jun,” kata Abdul Aziz.Kapal MT Orkim Harmony kini sedang diiringi oleh kapal KD Handalan dalam perjalanan ke Pelabuhan Kuantan dan dijangka tiba pada pukul 2 pagi esok. - UTUSAN ONLINE

 

CARI DAN JAHANAMKAN!!

Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team