TS KHALID BIDAS AZMIN, RAKYAT SELANGOR DIKECEWAKAN PEMIMPIN BONEKA DAP!

29 Jun 20151comments

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggesa penggantinya, Mohamed Azmin Ali berundur jika beliau sedar tidak mempunyai keupayaan peribadi serta gagal memuktamadkan segera penyusunan semula industri air di negeri ini.
 
Dalam satu kenyataan menerusi laman sosial Facebooknya hari ini, Abdul Khalid menyatakan keyakinannya bahawa ramai rakyat di Lembah Klang termasuk Selangor kecewa dengan sikap pentadbiran Mohamed Azmin yang jelas tiada kewibawaan mahupun komitmen untuk menyelesaikan dengan segera penstrukturan semula industri perkhidmatan air negeri.


“Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan 'ancaman' oleh Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), pemegang saham terbesar dalam dua syarikat konsesi air di Selangor iaitu Puncak Niaga Sdn. Bhd. dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) untuk membatalkan perjanjian jual beli dengan pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor) selepas lima kali permohonan oleh Air Selangor untuk melanjutkan tempoh memenuhi syarat perjanjian itu.


“PNHB juga mengancam mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula hutang tertunggak kerajaan negeri yang dianggarkan mencecah RM4.97 billion pada 31 Mac 2015.


“Namun, tidak mustahil ancaman PNHB ini bertukar menjadi realiti susulan daripada 'imuniti' yang dinikmati oleh Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash), satu lagi syarikat konsesi air untuk terus berdegil menolak tawaran Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) selain kegagalan berlarutan kerajaan negeri memuktamadkan perjanjian utama yang dimeterai pada 12 September 2014 dengan Kerajaan Persekutuan, Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dan Air Selangor,” katanya.

Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang menambah kata, walaupun Sultan Selangor sendiri sebelum ini telah berulang kali mengingatkan supaya penyusunan semua industri itu dimuktamadkan secepat mungkin, pentadbiran negeri seolah-olah tidak mengendahkan perkara tersebut.

Sebaliknya, Mohamed Azmin menurut Abdul Khalid dilihat sengaja melengah-lengahkan proses pengambilalihan empat syarikat konsesi terlibat selain gagal menggariskan pelan terperinci untuk menyelesaikan isu perikhidmatan air di Selangor sejak mula memegang jawatan itu pada September tahun lalu.

“Sebaliknya, apa yang Mohamed Azmin mampu lakukan hanyalah melemparkan pelbagai kenyataan mengelirukan, dolak-dalik retorik, dakwaan tempang dan tuduhan tidak berasas terhadap pihak-pihak berkepentingan yang lain terutama Kerajaan Pusat. Sama ada beliau memang tiada kompetensi atau sebenarnya ada udang di sebalik batu.


“Sekiranya Menteri Besar sedar had keupayaan peribadi dan kekangan lain untuk memuktamadkan segera penyusunan semula industri air Selangor pada kos keseluruhan tidak melebihi RM9.65 billion, maka saya ulang gesaan yang pernah diutarakan dalam Dewan Undangan Negeri Selangor sebelum ini,”tegasnya
Share this article :

+ comments + 1 comments

25 February 2016 at 04:01

Really nice here and it is more complete and easy research. I thank you very much for those relaxing moments.

voyance gratuite par telephone

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team