MESYUARAT PRA PENUBUHAN PAKATAN BARU DIDEDAH!

23 Jun 20150 comments

Gambar Mesy Pra Pakatan Baru didedah.
Jika sebelum ini bekas Pengarah Penyelidikan PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mendedahkan tentang satu mesyuarat kumpulan yang dinamakan Jawatankuasa Bertindak Kumpulan 18 atau ‘G18′, iaitu kumpulan perintis pembentukan parti Islam baharu menggantikan PAS telah diadakan di Muar, Johor pada 16 Jun lalu.
Kini, Naib Pengerusi DAP Pusat, Teresa Kok pula mendedahkan satu pertemuan di antara kumpulan perintis parti Islam baharu dengan PKR dan DAP yang boleh dinisbahkan sebagai satu gabungan Pakatan baharu.
Pertemuan yang dihebahkan Teresa Kok itu dianggap strategik kerana ia menggabungkan tiga pemutus dasar parti masing-masing.
Pemutus dasar DAP adalah Lim Kit Siang (Penasihat DAP), Liew Chin Tong (Pemikir DAP/Pengarah Pendidikan Politik DAP pusat) dan Teresa Kok (Naib Pengerusi DAP Pusat).
PKR pula diwakili ahli-ahli Biro Politik parti itu yang terdiri daripada; Datuk Saifuddin Nasution Ismail (Pengarah Pilihanraya PKR Pusat),Shamsul Iskandar Mat Akin (Naib Presiden PKR), Tian Chua (Naib Presiden PKR), Datuk Johari Abdul, Khalid Jaafar dan Dr Syed Husin Ali.
Manakala, kumpulan perintis parti Islam baharu pula diwakili Mohamad Sabu (Pengerusi), Salahuddin Ayub (Timbalan Pengerusi), Dr Dzulkefly Ahmad (Setiausaha), Suhaizan Kaiat (Penolong Setiausaha) dan lain-lain.
Teresa Kok dalam Facebooknya menyiarkan tiga keping foto pertemuan yang diadakan di rumah YB Dato’ Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen PAS Tumpat.
Kamaruddin, yang merupakan sahabat karib Anwar Ibrahim dan bekas Setiausaha Agung PAS tidak mempertahankan jawatannya sebagai Ahli Jawatankuasa PAS pusat dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.
“Hari ini, saya bersama Lim Kit Siang dan Liew Chin Tong hadir majlis berbuka puasa di kediaman YB Dato’ Kamaruddin Jaafar, Ahli Parlimen PAS bagi Kawasan Tumpat.
“Saya rasa gembira dan hairan dapat bertemu dengan begitu ramai kawan-kawan progresif PAS dari beberapa negeri yang luar dari Selangor, seperti Salahuddin Ayub, Suhaizan Kaiat, Aisyah, Mujahid, Dr Hatta Ramli dan lain.
“Saya kata dengan mereka ini pertama kali saya lihat pemimpin progresif dalam PAS begitu bersatu padu. :-))
“Saya juga gembira lihat pemimpin PKR seperti Saifuddin Nasution, Tian Chua, Johari Abdul, Shamsul Iskandar, Khalid Jaafar, Dr Syed Husin Ali juga turut hadir dalam majlis berbuka puasa ini.
“Walaupun saya tidak ada masa untuk bercakap panjang dengan rakan-rakan daripada PAS berkenaan dengan rancangan mereka kerana mereka perlu bersembahyang dan perlu pergi ke program lain, tetapi saya amat teruja untuk melihat rakan-rakan daripada ketiga-tiga parti ini dapat bertemu bersama.
“Walaupun keputusan Muktamar PAS untuk putus hubungan dengan DAP telah mematikan Pakatan Rakyat, tetapi malam ini nampaknya beri harapan kepada kelahiran Pakatan 2.0,”kata Teresa Kok.
DARI MYMASSA
 
 
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team