Mengapa Islam Seru Muslim untuk bersahur di Bulan Ramadhan?

17 Jun 20150 comments

Salam Ramadhan Al Mubarak 1 Ramadhan 1436H MHS ucapkan kepada semua Muslim Muslimat di Malaysia.
 
Hadis Zaid bin Thabit r.a katanya: Kami pernah bersahur bersama Rasulullah s.a.w. Setelah itu kami pun mendirikan sembahyang Subuh. Kemudian aku bertanya: Berapakah selang waktu di antara keduanya? Baginda menjawab: Kira-kira bacaan lima puluh ayat .


Bersahur hukumnya sunat. Walaupun sunat tetapi sangat besar manfaatnya.

1) Manfaat untuk diri sendiri. Mendapat tenaga / kekuatan untuk berpuasa.

2) Mendapat pahala dengan percuma kerana ia adalah sunat dan sunnah Nabi s.a.w.
 
3) Amalan Bersahur adalah untuk membezakan di antara puasa masyarakat Muslim  dan puasa penganut agama lain.
 
4) Nabi Muhammad menganjurkan kita bersahur pada kadar waktu hampir Subuh. Kenapa? Bersahur di waktu hampir subuh merupakan Amalan Sarapan PAGI yang amat penting untuk tubuh manusia. Blogger Mamas Bizz ada berkongsi khasiat Sarapan Pagi di sini : Kepentingan Sarapan Pagi
 

Nabi Muhammad SAW bersahur dengan buah Tamar / Kurma dan susu.

Mengapa Nabi Muhammad SAW menyukai buah Tamar / Kurma ?  

 1. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis

Berdasarkan kajian Prof Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu di serang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana ianya mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah“. (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001).
Prof Madya Asiah Zain berkata, “Pengambilan buah kurma tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian.”

Katanya lagi, buah kurma mengandungi vitamin dan E serta komposisi gula yang banyak dikenali sebagai glukosa iaitu sejenis unsur gula dalam darah yang menjadi sumber tenaga serta membantu seseorang berpuasa dalam tempoh yang lama.

“Selain berbuka puasa, kurma juga harus menjadi makanan pilihan umat Islam ketika bersahur seterusnya menjana tubuh sehingga waktu berbuka’” katanya.

 

2. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan


Mengikut pendapat pakar perubatan, buah kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium sesuai untuk wanita sama ada semasa hamil atau selepas bersalin. Hal ini berasaskan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran di dalam surah Maryam: Ayat 25-26 supaya memakan buah kurma ketika beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin.
Prof Asiah berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsangkan kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

 3. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran

 Menurut Prof Madya Asiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat.

4. Tenaga Segera

 Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.

“Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.”
Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darah yang banyak.
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team