PENGGUNA LEBUHRAYA DISARAN INGAT TARIKH PLUS BERI 50% DISKAUN TOL

29 Jun 20151comments



PLUS menawarkan rebat tol sehingga 50 peratus kepada orang ramai yang membayar tol secara elektronik di lebuh raya PLUS pada cuti perayaan akan datang. 

Pengarah Urusan PLUS Malaysia Berhad, Dato’ Noorizah Hj Abd Hamid berkata, “Rebat tol tersebut ditawarkan kepada pengguna kenderaan Kelas 1 yang membayar tol secara elektronik pada Hari-Hari Bukan Puncak iaitu 13, 14, 15, 21, 22 dan 23 Julai bersempena dengan perayaan Hari Raya Aidilfitri. Ia boleh dinikmati oleh pengguna yang menggunakan lebuh raya untuk perjalanan jarak jauh iaitu melebihi 100 kilometer pada hari-hari tersebut.”

Menurut Noorizah, rebat tol sebanyak 50 peratus diberikan kepada orang ramai yang membayar tol secara elektronik menggunakan kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG pada 13 dan 23 Julai. Manakala rebat tol sebanyak 40 peratus pula diberikan untuk pembayaran tol secara elektronik pada 14 dan 22 Julai. Sementara itu, rebat tol 30 peratus pula diberikan kepada orang ramai membayar tol secara elektronik pada 15 dan 21 Julai akan datang.
Pemberian rebat tol ini adalah salah satu daripada strategi PLUS untuk mengagihkan trafik serta menggalakkan orang ramai bergerak pulang ke kampung sebelum Hari Raya Aidilfitri dan kembali ke bandar selepas berhari raya pada Hari-hari Bukan Puncak. Ia juga merupakan penghargaan kami kepada orang ramai yang terus menyokong perkhidmatan rangkaian lebuh raya kami.

PLUS akan turut mengambil pelbagai langkah lain untuk membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selesa pada musim perayaan yang akan datang. Ia termasuklah mengeluarkan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) dan lain-lain lagi.

“Butiran lanjut berhubung strategi-strategi syarikat ini menghadapi pertambahan trafik akan dihebahkan kepada media pada satu taklimat dan sidang media khas,” tambah Noorizah.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi PLUSLine di 1800 88 0000.

PLUS MEMANG BAGUS, TIME ORANG BELUM CUTI, MASA TULAH BAGI DISKAUN!! 


Share this article :

+ comments + 1 comments

25 February 2016 at 04:00

It is with pleasure that I look at your site; it's great. Really nice to read your nice sharing .Continuez well and thank you again.

voyance gratuite par mail

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team