KENYATAAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN TERHADAP KISAH ROSLI HAMID YANG POPULAR DI MEDIA #NSDK

24 Jun 20151comments



KENYATAAN MAJLIS AGAMA ISLAM NEGERI SEMBILAN : 

1. Pihak kami ingin merujuk kepada dua artikel bertajuk ‘Berpanas Berhujan Demi Anak ‘ yang disiarkan di Harian Metro bertarikh 21 Jun 2015 dan artikel di laman sesawang Astro Awani bertarikh 22 Jun 2015 bertajuk ‘Tunggu Zakat : Ketua Kampung Pun Tak Layan Saya ..’


2. Pihak kami tampil untuk memberi maklumbalas sebenar mengenai isu ini . Menurut rekod dari pihak Baitulmal MAINS , Saudara Rosli bin Hamid sebenarnya telah mendapat bantuan secara berterusan sehinggalah bantuan yang telah di berikan kepada beliau telah lulus pada Disember 2014. Jumlah keseluruhan dana zakat yang telah di beri kepada beliau ialah sebanyak RM 6,440 . Bantuan yang terbaru adalah pada Januari tahun ini di mana beliau juga telah di berikan bantuan persekolahan untuk anak-anaknya. Beliau juga telah mendapat bantuan setiap bulan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM 300 sebulan.



3. Bagi menjawab laporan media tersebut , punca sebenar beliau tidak mendapat bantuan zakat sejak kebelakangan ini adalah kerana beliau telah beberapa kali berpindah randah serta beliau tidak memberikan nombor akaun bank untuk memudahkan kemasukan bantuan zakat. Pihak Baitulmal juga tidak dapat mengesan di mana beliau berada. Untuk makluman semua, pegawai Baitulmal pernah mengunjungi alamat terakhir beliau di No 22 , Kampung Mampas Terachi , Kuala Pilah tetapi di dapati beliau tidak tinggal lagi di rumah tersebut sehinggalah artikel mengenai beliau telah keluar di laman sesawang Astro Awani yang mana beliau kini telah tinggal di Kampung Ayer Itam , Kuala Pilah.



4. Setelah mengetahui lokasi beliau pihak Baitulmal akan berkunjung ke rumah beliau pada hari ini (23 Jun 2015) dan memberikan bantuan segera sebanyak RM 500, bantuan makanan asas, bantuan basikal untuk anaknya dan juga bantuan fakir miskin kepada beliau akan di teruskan seperti biasa.



5. Pihak Baitulmal MAINS sentiasa prihatin dengan masalah fakir miskin di seluruh Negeri Sembilan. Maklumat daripada masyarakat amat penting bagi kami untuk menyalurkan dana zakat kepada mereka yang berhak. Adalah penting bagi asnaf fakir dan miskin untuk memaklumkan kepada pihak Baitulmal sekiranya mereka berpindah ke lokasi lain agar para pegawai Baitulmal dapat terus mengunjungi mereka dan memberi bantuan yang konsisten dari semasa ke semasa


6. Semoga Allah SWT dapat memberikan kekuatan kepada petugas institusi zakat untuk menyempurnakan amanah untuk menguruskan keperluan bantuan asnaf dan semoga Allah memberikan kekuatan kepada para asnaf untuk berubah kepada kehidupan yang lebih baik dari samaada dari segi fizikal dan rohani


www.zakatns.com.my
1-800-88-7771
Share this article :

+ comments + 1 comments

26 June 2015 at 06:48

KAMI SEKELUARGA MENGUCAPKAN BANYAK TERIMAH KASIH ATAS BANTUANGNYA AKI,RUSLAN, KARNA NOMOR GHOIB/RITUAL YANG AKI, BERIKAN 4D (8301) BENAR BENAR TEMBUS 100% DAN SAYA MEMENANGKAN 230 RIBU RINGGIT ALHAMDULILLAH, SEKARANG SAYA BISA MEMBELI RUMAH DAN KERETA WALAUPUN SAYA CUMA PEKERJA KILANG DI SELANGOR MALAYSIA, INI ADALAH KISAH NYATA DARI SAYA.JIKA ANDA PENUH KEPERCAYAAN DAN KEYAKINAN SILAHKAN ANDA HUBUNGI LANGSUNG AKI RUSLAN SALEH DI NOMOR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_)KERANA DIA ADALAH SUHU SPIRITUAL TERKENAL DI INDONESIA ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
SAYA YAKIN ANGKA YANG DI BERIKAN AKI,RUSLAN DAPAT MERUBAH NASIB ANDA’TERIMAH KASIH..THANZ ROOMX ZHOBATH



JIKA ANDA BUTUH ANGKA RITUAL 2D 3D 4D 5D 6D DI JAMIN 100% JEBOL ATAU PUNYA MUSTIKA GHAIB INGIN DIPAKAI MENARIK UANG BILAH BERMINAT HUB KI RUSLAN SALEH DI NMR (_+_6_2_8_1_2_4_3_4_7_7_4_5_5_) ATAU KUNJUNGI WEPSITE KLIK DISINI
THNKS ROOMX SOBAT

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team