KONSENSI TOL PERLU BERI BANYAK DISKAUN WAKTU RAYA!! PAHAM!!

25 Jun 20151comments

MHS memang langsung tidak berpuas hati dengan Perkhidmatan PLUS yang diberikan kepada pengguna kerana berlaku banyak kawasan-kawasan kesesakan bukan sahaja pada musim-musim perayaan , malahan pada waktu bukan perayaan. Jika hendak dikira, pada musim perayaan - semakin menjadi-jadi kesesakan lalu lintas dari Utara hinggalah ke Selatan.
Meskipun berlaku kesesakan sehingga kenderaan hanya bergerak 20-30Km sejam di banyak kawasan pada musim perayaan, Pihak PLUS tidak menggantirugi masa perjalanan akibat kesesakan teruk tersebut dengan diskaun yang banyak! Malah diskaun yang diberi pula, hanya PADA  hari hari tertentu sahaja! Sudah tiba masanya PLUS yang telah lama menelan banyak duit rakyat Malaysia terutamanya apabila jutaan kenderaan setiap saat melalui jalanraya mereka yang sesak untuk mengurangkan kadar TOL / DISKAUN YANG BANYAK kepada pengguna jalanraya!

 

MHS SETUJU DENGAN CADANGAN MENTERI INI YANG MAHUKAN KONSENSI TOL BERI DISKAUN KEPADA PENGGUNA SEKIRANYA BERLAKU KESESAKAN!

 

KUALA LUMPUR - Konsesi lebuh raya perlu menimbang cadangan memberikan diskaun tol  kepada pengguna sekiranya berlaku kesesakan.
 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, terdapat konsesi lebuh raya yang mengaut keuntungan dan tidak menjadi kesalahan untuk mereka memberikan diskaun kepada pengguna.   

“Saya sokong usaha begini dan konsesi lebuh raya perlu pertimbangkan. Mereka kena ada elemen kebajikan.

“Apa yang dilakukan ini boleh dianggap sebagai tanggungjawab sosial korporat. Jika syarikat konsesi sudah dapat keuntungan dan mahu beri diskaun kepada pengguna, itu satu perkara yang bagus,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.
 
 
Sinar Harian sebelum ini melaporkan cadangan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) agar konsesi lebuh raya memberikan diskaun tol kepada pengguna pada waktu puncak.
Share this article :

+ comments + 1 comments

1 April 2016 at 06:06

Thank you for these interesting strong advice, it is great to come across articles as interesting as yours! I wish you health, longevity, success, happiness and peace of heart.

voyance gratuite

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team