8 LANUN INDON DISYAKI PERAMPAS MT ORKIM DIBERKAS PIHAK KESELAMATAN VIETNAM! #MTORKIM

19 Jun 20150 comments

 
PUTRAJAYA 19 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan lapan orang lanun yang disyaki merampas tangki MT Orkim Harmony berjaya diberkas oleh pihak berkuasa Vietnam di Pulau Tho Chu, hari ini.                  
 
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar berkata, pihaknya telah menghubungi pihak berkuasa Vietnam berhubung kejayaan tersebut. Katanya, kesemua lanun tersebut kini sedang disoal siasat secara terperinci oleh pihak Vietnam dan pihak Maritim Malaysia masih menunggu laporan daripada kerajaan negara berkenaan. - UTUSAN ONLINE
 
"Pada 0630 hari ini, di Pulau Tho Chu di Vietnam ditemui lapan warga Indon dalam bot penyelamat yang mendakwa bot menangkap ikan mereka karam. Siasatan sedang dijalankan," kata Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar menerusi Twitter sebentar tadi. -RakyatNews
 
 
Share this article :

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team