HUTANG NEGARA KEKAL TERURUS , JAMIN TIDAK AKAN BANKRUPT SEPERTI GREECE

29 Jun 20152comments

KUALA LUMPUR – Kedudukan hutang kerajaan Persekutuan kekal terurus dan tidak akan menyebabkan negara menjadi bankrap seperti Greece.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chua Tee Yong berkata, Malaysia dikategorikan sebagai negara berkehutangan sederhana dan kerajaan terus komited memastikan paras hutang kerajaan Persekutuan tidak melebihi 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Katanya, langkah konsolidasi fizikal akan terus dilakukan bagi mengurangkan paras defisit secara berperingkat.

“Ini terbukti dengan kadar defisit berjaya dikurangkan daripada 6.7 peratus daripada KDNK pada 2009 kepada 3.4 peratus daripada KDNK pada 2014. Defisit diunjurkan akan terus berkurangan kepada 3.2 peratus daripada KDNK pada 2015.

“Kepatuhan tegas terhadap disiplin fiskal dan pengurusan hutang yang baik terus diberikan penekanan bagi memastikan kedudukan fiskal dan makro ekonomi terus kukuh dan dapat menampan sebarang krisis.

"Berdasarkan langkah-langkah kepatuhan kepada disiplin kewangan, kerajaan yakin dan akan memastikan negara tidak akan bankrap seperti Greece,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Seri S Nallakaruppan di sidang Dewan Negara, semalam.

Tee Yong berkata, di dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan mengunjurkan paras hutang kerajaan Persekutuan akan terus berkurang kepada 43.4 peratus daripada KDNK.

Katanya, jumlah hutang kerajaan Persekutuan pada akhir Mac 2015 ialah RM 596.8 bilion atau 51 peratus daripada KDNK.

“Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM79.2 bilion adalah hutang dari sumber domestik, sementara bakinya RM17.6 bilion merupakan pinjaman wang pesisir,” katanya.

Manakala, katanya, hutang luar Malaysia sehingga Mac tahun ini ialah sebanyak RM768.1 bilion atau 65.7 peratus daripada KDNK.
Share this article :

+ comments + 2 comments

Anonymous
29 June 2015 at 19:06

Memang tidak akan jadi seperti Greece tetapi kemungkinan lebih teruk lagi. Dalam isu yang serius ini biarlah Menteri Kewangan yang bagi statement baru ada kredibiliti.

25 February 2016 at 04:00

Thank you for the good times in your blog. I am often in position to watch (again and again) these wonderful items you shared. Very interesting. All the best !

Consultation voyance gratuite

Post a comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team