Tanggal 14 Februari setiap tahun merupakan hari yang tidak pernah dilupakan oleh pasangan-pasangan bercinta untuk menyambut Hari Kekasih yang juga dikenali sebagai Hari Valentine. Pelbagai aktiviti haram diadakan bagi meraikan pasangan kekasih yang ingin melampiaskan perayaan rindu, cinta dan kasih sayang mereka yang akhirnya mebawa kepada bibit-bibit kemaksiatan.
Sekarang ini hari-hari kebesaran Islam bagai tidak diendah langsung atau kalau disambut sekalipun hanya ala kadar oleh segelintir umat Islam.
Sambutan MAULIDUR RASUL pun tidak dibenar Kerajaan Pulau Pinang satu ketika. Ayat Quran dihalang berkumandang di negeri tersebut juga. Di Negara selatan tanahair,Singapura telah lama menghalang gema suci azan berkumandang. Tetapi kalau Hari Valentine, macam-macam agenda maksiat dibuat oleh pasangan muslim!
Paling menyedihkan melalui dakyah pluralisme dan kebebasan beragama, umat Islam didoktrinkan bahawa sambutan Hari Valentine tidak menyalahi syariat Islam selagi tidak melibatkan unsur pemujaan dan maksiat. Inilah akibatnya apabila ramai yang dikatakan sebagai golongan ulama' sibuk dengan perkara HubbudDunia , kecintaan kepada dunia melalui dunia politik dan kuasa. Masing-masing sibuk mencari pengaruh dan rakan strategik mereka sehinggakan tersilap memilih rakan dan menganggap musuh Islam itu mudah dijinakkan dan menjadikan mereka pendamping untuk mendapatkan kuasa.
Sambutan Hari Valentine tetap Haram dalam Islam kerana ianya tidak pernah disambut oleh Rasullullah SAW tambahan pula ianya terang-terangan membawa budaya KUFFAR! Kerajaan Malaysia melalui FATWA kebangsaan juga telah memutuskan dalam sidang kali ke 71: -
"Bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan Islam. Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian, amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih TIDAK DIGALAKKAN oleh agama Islam. "
14 FEBRUARI! MAKSIAT MELAMPAU , ULAMA SIBUK BERPOLITIKUS MACAM TIKUS!!
+ comments + 1 comments
Passed punca bangsa agama lain makin brani menghina Islam. Bloody idiot. Sori for using harsh words. Wlaupun saya bukan pakar agama tpi saya x suka jika Islam dperlekehkn. Passed always looks down Islam dlm BN. Myb ada kekurangan but we always put Islam at the top
Post a Comment
Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...