ANALISIS! SIAPA PEMBANGKANG TERBAIK SELEPAS PRU 13?

4 Feb 20131comments

Orang-orang dulu kebanyakannya bercinta selepas kahwin. Orang-orang sekarang kebanyakannya bercinta sesudah kahwin. Orang-orang kata saat paling indah hidup berpasangan adalah sewaktu bercinta. Sewaktu belum kenal keburukan sedalam-dalamnya. Saat bercinta memanglah manis. Begitulah hubungan parti pembangkang di Malaysia. Walaupun ada gaduh-gaduh kecil sampai sebuah parti Islam sanggup korbankan orang-orang kuatnya dalam menyayangi hubungan tidak sah diantara mereka, itu tidak apa. Adat orang bercinta. Tahi itu bunga, kentut itu wangi. 

Barisan Kerajaan pula dah kahwin lama. 55 Tahun lamanya. Gaduh, baik, susah senang semua pernah rasa.  Cuma bercerai jer tak berlaku walaupun talak satu. Adat orang yang dah kahwin 55 tahun, kentut itu katanya busuk, kadang-kadang juga satu jalan kedepan , satu tertinggal ke belakang. Tidak mengapa, sebab hidup bahagia juga. Macam percintaan ujang dan dara yang dah melangkau separuh abad. Susah senang hidup bersama. Bahagia. 

Kita tinggal kisah orang bercinta. Kita pergi ke kisah sebenar, siapakah pembangkang terbaik Malaysia?. Dah 55 tahun mereka jadi pembangkang. Nampak mereka selesa dalam membangkang. Semua benda nak dibangkang. Perkara baik dibangkang, ada juga yang dibangkang itu membawa kepada kesejahteraan rakyat. Bagus la tu. Mereka pun boleh 'survive' walaupun mereka pembangkang. Mereka boleh beli bas mewah 3 biji untuk jalan-jalan satu Malaysia. Pergi Sabah Sarawak pun boleh naik jet persendirian. Dulu mereka merengkok dalam penjara ISA, sekarang mereka banyak jadi pemimpin. Banyak buat duit. Macam MHS kata, mereka membangkang pun duit mereka lebih dari duit parti kerajaan. Macam mana tu? :-) 

Satu pihak lagi telah lama timba pengalaman jadi kerajaan. Mereka tidak tahu dan tidak pernah jadi pembangkang. Susah lah mereka nak ambil peranan sebagai pembangkang. Mereka banyak visi. Wawasan 2020 mahu dicapai. Macam mana nak capai wawasan 2020 kalau mereka jadi pembangkang? Semua perancangan mereka yang buat. Mereka kenal pelabur-pelabur penting negara. Lagipun mereka realistik dengan masa depan negara. Mereka takut nak tabur janji yang mereka tak pasti dapat tunaikan. 

Anda fikirlah sendiri. Siapa lebih layak jadi pembangkang. Takkanlah kita nak bagi orang yang tak pernah jadi pembangkang untuk jadi Pembangkang Negara? Sama lah macam analogi ni, takkan kita nak bagi orang yang tak pernah memandu, tak pernah ada lesen pun memandu, untuk memandu kereta kita? terjun ke gaung lah jawabnya! Begitulah sebaliknya. Takkan kita nak bagi orang yang tak pernah menerajui negara , memandu Negara yang besar dan makmur ini? Baaaahaaaayaaaa....~ 


Share this article :

+ comments + 1 comments

Post a Comment

Kami tidak bertanggungjawab dengan komen anda. Silalah komen , jangan mengomel. MHS cadangkan agar tuan/puan gunakan nama tak kisah lah panggilan atau sebenar. Tak perlu lah pakai anonnymous/anon. itu lebih beretika...


 
Support : Copyright © 2012-2020. MHS - All Rights Reserved: MyHomeSoil Design Team